FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Sambil Belajar Ke Oceania Insignia


 


 May 24th, 2023  |  07:31 AM  |   60 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), School of Hospitality and Tourism mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke The Oceania Insignia Cruise Ship yang berlabuh di Cruise Ship Centre, Muara Conventional Terminal, baru-baru ini.

 

Lawatan tersebut telah diatur dan diketuai oleh Ketua Program untuk Tourism Programme for School of Hospitality and Tourism, Dayang Siti Umi Amirah binti Haji Ra'emi Maleek, di mana seramai 30 pelajar dan lima tenaga pengajar yang menyertai Program Higher National Technical Education Certificate (HNTec) dalam Hospitality Operations dan HNTec in Travel and Tourism Programme ikut serta dalam lawatan tersebut.

 

Objektif lawatan tersebut diadakan adalah untuk memberikan pelajar tentang pandangan industri pelayaran dan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di dalam Kapal Pelayaran.

 

Ia sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara langsung mengenai modul yang diajar dalam program yang mereka pelajari. Para pelajar juga mengetahui tentang peluang pekerjaan lain yang terdapat dalam industri pelayaran.

 

“Lawatan ini menarik perhatian saya dan seronok kerana dapat berpeluang untuk mengetahui tentang operasi di dalam kapal persiar yang merangkumi cara kakitangan bekerja di dalam restoran.

 

“Terutamanya mengenai cara mereka melayani penumpang mereka dan cara 'barista' membuat dan menghidangkan minuman kepada penumpang," ujar Awang Abdul Qawim bin Mohd. Noorhafiz, salah seorang pelajar yang kini berada di semester pertama di bawah Program HNTec dalam Hospitality Operations.

 

Awang Abdul Qawim seterusnya menambah bahawa menyaksikan gaya perkhidmatan yang berbeza dalam kapal pelayaran antarabangsa telah memberi manfaat kepadanya di mana dengan lawatan tersebut,  ia akan mampu memperluaskan pengetahuan dan pengalamannya dalam sektor restoran.

 

Seterusnya, salah seorang peserta lawatan, Dayang Nur Haziqah Umairah binti Azimi, pelajar dari HNTec in Travel and Tourism Programme berkata bahawa lawatan tersebut memberikannya banyak pengalaman dan seterusnya mempelajarinya untuk berkembang di mana lawatan tersebut sangat berkaitan dengan modul yang dipelajarinya ketika ini.

 

“Saya berasa seperti tetamu istimewa semasa ketibaan kerana semua orang menyambut dan mesra dan suasananya sangat berbeza.

 

“Saya mempelajari cara yang berbeza tentang cara kakitangan berurusan dengan veteran, pelancong, layanan yang baik dan kepentingan melaksanakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

 

“Ini telah memberi impak kepada saya dan saya berasa bermotivasi untuk berjaya dalam pelajaran sekali gus supaya saya dapat membantu Industri Hospitaliti dan Pelancongan di negara ini," tambahnya.

 

“Ia juga merupakan satu keistimewaan yang besar bagi IBTE, School of Hospitality and Tourism untuk menerima peluang yang jarang berlaku di mana pelajar dan kakitangan seharian dalam  pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di luar bilik darjah mereka.

 

“Inisiatif seperti inilah yang membolehkan pelajar dan guru bergerak ke arah visi dan misi IBTE dan yang paling penting memastikan aspirasi Wawasan Brunei 2035 dapat dicapai," tambahnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07