FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peningkatan Anggaran Jumlah Penduduk Tahun 2022


 


 May 24th, 2023  |  07:33 AM  |   54 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) telah mengeluarkan Laporan Anggaran Penduduk Tahun 2022 yang memberikan data mengenai anggaran jumlah penduduk dan ciri-ciri utama demografi penduduk Negara Brunei Darussalam pada tahun 2022.

 

Pengiraan anggaran ini adalah berasaskan data akhir Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021 dan mengambil kira komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran dan kematian bagi kenaikan semula jadi (natural increase); dan penghijrahan bersih (net migration). Sumber utama data bagi perkara ini adalah daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Penemuan-penemuan utama bagi Anggaran Penduduk Tahun 2022 adalah seperti berikut, Anggaran jumlah penduduk tahun 2022 bagi Negara Brunei Darussalam adalah seramai 445,400 orang berbanding 440,715 orang pada tahun 2021, iaitu meningkat sebanyak 1.1 peratus; Jumlah penduduk pada tahun 2022 terdiri daripada 235,000 orang lelaki (52.8 peratus) dan 210,400 orang perempuan (47.2 peratus). Nisbah jantina adalah seramai 111.7 orang lelaki bagi setiap 100 orang perempuan.

 

Rakyat Brunei merupakan bahagian terbesar sebanyak 76.0 peratus (338,300 orang), sementara agihan Penduduk Tetap dan Penduduk Sementara adalah masing-masing sebanyak 5.8 peratus (25,800 orang) dan 18.3 peratus (81,300 orang); Daerah Brunei Muara mempunyai bilangan penduduk tertinggi seramai 322,400 orang (72.4 peratus) daripada jumlah penduduk. Ini diikuti oleh Daerah Belait seramai 66,100 orang (14.8 peratus), Daerah Tutong 47,400 orang (10.6 peratus) dan Daerah Temburong 9,500 orang (2.1 peratus).

 

Mengikut taburan umur, kira-kira 20.5 peratus (91,500 orang) daripada jumlah penduduk adalah berumur di bawah 15 tahun, 73.0 peratus (325,200 orang) adalah penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15-64 tahun, dan 6.4 peratus (28,700 orang) adalah penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas. Umur penengah (median) pada tahun 2022 adalah 32.0 tahun berbanding 31.7 tahun pada tahun 2021 dan Bangsa Melayu merupakan komuniti terbesar di negara ini dengan agihan sebanyak 73.5 peratus (327,300 orang) daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina dan lain-lain bangsa masing-masing merangkumi 9.5 peratus (42,300 orang) dan 17.0 peratus (75,800 orang) daripada jumlah penduduk.

 

Laporan Anggaran Penduduk Tahun 2022 boleh didapati melalui laman web JPES. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk ke JPES dengan menghubungi talian 2233344 (waktu pejabat) atau emel ke [email protected] atau melayari laman sesawang deps.mofe.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07