Home > Bahasa Melayu
Anugerah BCF 2023 Kini Kembali
May 24th, 2023 | 07:36 AM | 109 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Anugerah Brunei Content Festival (BCF) 2023 yang dinanti-nantikan kembali lagi tahun ini.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2022, ia adalah merupakan satu platform pertandingan untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan, penerbit, pengarah, pembuat filem dan penggiat-penggiat seni kandungan tempatan dalam sektor penyiaran sebagai usaha AITI untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam mencipta kandungan.
Ia juga adalah bagi menggalakkan perkembangan dan pembuatan kandungan yang berkualiti tinggi serta berpotensi untuk diedarkan secara komersil dan disiarkan di platform televisyen atau perkhidmatan Over-the-Top (OTT).
Pertandingan BCF 2023 bagi tahun ini dibukakan kepada dua kategori, iaitu Kategori Industri dan Kategori Terbuka.
Kategori Terbuka mengetengahkan empat anugerah iaitu Best Brunei Identity, Best Short Film, Best Music Video dan Best Short Film Under Institute of Higher Learning, manakala Kategori Industri mempertandingkan empat anugerah iaitu Best Drama, Best Comedy, Best Horror dan Best Performance Advertisement.
Di samping itu, terdapat juga tujuh Anugerah Juri yang turut dipertandingkan iaitu Best Cinematography, Best Actress, Best Social Media Conten, Best Editing, Best Direction, Best Performance, Best Actor dan Best Concept. Penyertaan ke Anugerah BCF 2023 kini dibukakan sehingga 23 Jun 2023.
Mana-mana kandungan lengkap yang telah dikeluarkan atau sedang disiarkan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2023 adalah layak untuk menyertai anugerah tersebut.
Pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai boleh didapati di 'www.contentfestival.bn', dan sebarang pertanyaan boleh diajukan ke '[email protected]'.
Pemenang akan diumumkan pada Malam Anugerah Anugerah BCF 2023 yang dijadualkan akan diadakan pada September 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]