FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Islamic Da'wah Centre           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Warisan Yusof-Zaidah Family           >>           Your Passport To The World Of Dreams: Natural Ways To Cure Insomnia           >>           Olives Are Good At Reducing Fatty Liver           >>           Health Ranger Says: To Beat Stress, Eat Superfoods And Avoid Toxins           >>           'Jalinan Kasih' Family Gathering           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Pegawai Haji Berlepas Ke Arab Saudi


 


 May 24th, 2023  |  07:49 AM  |   144 views

BERAKAS

 

Seramai dua Pegawai Petugas Haji Darussalam Services Sendirian Berhad berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi membuat persiapan awal sebelum ketibaan jemaah haji di bawah pakej Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB).

 

Rombongan diketuai oleh Pengarah Urusan, Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed bersama Awang Haji Mohd Faisal bin Haji Apong, yang akan mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan semua pengurusan berjalan sepertimana perancangan termasuklah hotel penginapan dan kenderaan serta perkhidmatan yang akan bakal diberikan kepada para jemaah haji.

 

Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Awang Haji Mahmud ketika ditemu bual, antara lain menjelaskan penerbangan awal tersebut adalah bagi membuat persediaan-persediaan dari segi logistik seperti tempat penginapan dan pengangkutan sepanjang jemaah berada di sana nanti.

 

Menurutnya, ini adalah bagi membuat persiapan terakhir bertujuan untuk keselesaan para jemaah terutama sekali tempat penginapan yang mana pada tahun ini terdapat empat buah hotel yang dipilih iaitu satu di Madinah dan tiga lagi di Mekah.

 

Selain daripada itu katanya, bagi menjaga kesejahteraan para jemaah di bawah DSSB, seramai 18 mutawif untuk membimbing para jemaah sepanjang berada di tanah suci nanti.

 

''Pihak pengurusan juga akan mengadakan kunjungan muhibah bersama Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah seterusnya memaklumkan perkara yang berkaitan dengan para jemaah haji yang akan datang ini,'' tambahnya.

 

Rombongan awal kedua juga seramai dua orang akan berangkat pada 25 Mei ini.

 

Dari jumlah 1000 kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk rakyat Negara Brunei Darussalam, seramai 746 orang jemaah haji telah mengikuti Pakej Haji Darussalam Services dalam tiga pakej Haji iaitu Pakej Delima, Pakej Safira dan Pakej Zamrud. Keberangkatan Jemaah haji ke tanah suci akan diiringi seramai 16 pegawai Petugas Haji DSSB.

 

Rombongan jemaah haji penerbangan pertama akan berlepas dari Bandar Seri Begawan ke Kota Madinah pada 4 Jun 2023, manakala penerbangan kedua akan berlepas pada 5 Jun 2023, diikuti dengan 6 dan 7 Jun 2023 untuk penerbangan ke tiga dan ke empat.

 

Penghantaran awal bagasi akan dibuat sehari sebelum tarikh berlepas bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 3.00 petang.

 

Penyerahan pasport dan cenderahati akan diserahkan setelah urusan proses visa selesai manakala cenderahati bagasi akan diagihkan pada 31 Mei 2023 bertempat di kawasan Letak Kereta Stadium Tertutup, Berakas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07