FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jerayawara Menekankan Keselamatan Di Tempat Kerja


 


 May 24th, 2023  |  07:52 AM  |   120 views

TUTONG

 

Berikutan dengan kejayaan acara yang telah diadakan di Daerah Temburong, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) meneruskan lagi Jerayawara Bulan Keselamatan di Daerah Tutong.

 

Jerayawara tersebut, yang merangkumi pameran, siri ceramah, dan permainan interaktif itu telah diadakan di Dewan Kemasyarakatan Serambangun dan mendapat sambutan yang sangat baik dari agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta serta institusi-institusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah.

 

Turut serta dalam menjayakan pameran ialah Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), JobCentre Brunei, Centre for Lifelong Learning C3L, Lifelong Learning Centre L3, Pusat Promosi Kesihatan dan EX-TG Zones Consultant and Services.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Perasmian Jerayawara, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

 

Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga selaku Ketua Kampung Sengkarai.

 

Mewakili SHENA sebagai tuan rumah pada acara tersebut ialah Pengarah Bahagian Keselamatan Proses, Awang Haji Ya'akub bin Haji Yusof.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau antara lain menjelaskan bahawa Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja diraikan setiap tahun pada 28 April.

 

“Tema pada tahun ini ialah 'Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat adalah Prinsip dan Hak Asas di Tempat Kerja'.

 

“Ini menggambarkan pencapaian penting dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kerana semua ahli International Labour Organization (ILO) bersetuju bahawa 'Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat' adalah hak muktamad bagi setiap pekerja tidak kira situasi, sektor atau pangkat seseorang dalam sebuah organisasi," ujarnya.

 

Acara diakhiri dengan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang 'Play and Win' iaitu Dayang Zulainah @ Syazanah Darwisyah binti Haji Mohd Suhaini, Awang Muhammad Juryandie bin Abdullah dan Dayang Siti Rosnursuriani binti Abdullah Kamchi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07