FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Warisan Yusof-Zaidah Family           >>           Your Passport To The World Of Dreams: Natural Ways To Cure Insomnia           >>           Olives Are Good At Reducing Fatty Liver           >>           Health Ranger Says: To Beat Stress, Eat Superfoods And Avoid Toxins           >>           'Jalinan Kasih' Family Gathering           >>           Hari Raya Aidilfitri Visit           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Ministry of Religious Affairs           >>           Kendall Vertes Reveals Why Mother Jill Is Still The Ultimate Dance Mom           >>           By Command of His Majesty           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IITGT Adakan Taklimat, Penyerahan Tajaan Perlindungan


 


 May 24th, 2023  |  07:55 AM  |   135 views

BERAKAS

 

Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn. Bhd. (IITGT), hari ini, mengadakan Majlis Taklimat dan Penyerahan Tajaan Perlindungan Skim Takaful Duyufur Rahman bagi Pegawai-Pegawai Perubatan Haji Kementerian Kesihatan bagi Musim Haji 1444 Hijrah / 2023 Masihi.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan itu dihadiri oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin selaku tetamu kehormat majlis.

 

Pengurus Am IITGT, Awang Haji Zamrin bin Haji A. Ghani dalam ucapannya pada majlis tersebut antara lain menjelaskan, kerjasama di antara Insurans Islam TAIB General Takaful dan Kementerian kesihatan ini menggambarkan kepercayaan tinggi pihak kementerian kepada IITGT dalam keupayaannya untuk menyediakan perlindungan yang terbaik di bawah skim takaful berkenaan, bukan sahaja untuk pegawai perubatan bahkan jua untuk jemaah haji NBD keseluruhannya.

 

Tambahnya, ia jua memberi gambaran rasa pemedulian pihak kementerian mengenai kebajikan dan hal ehwal rombongan pegawai perubatan yang sejak sekian lama komited dalam memberi perkhidmatan perubatan kepada jemaah-jemaah haji NBD.

 

Skim Takaful Duyufur Rahman ini ujar beliau telah mula di perkenalkan pada tahun 2008 dan telah melalui beberapa proses penaikan taraf demi untuk memenuhi keperluan pengurusan risiko, terutamanya dari sudut perlindungan perubatan. Pada masa ini, produk tersebut telah mencapai tahap perlindungan yang bernilai tinggi bagi jemaah-jemaah haji dan umrah.

 

“Dengan inisiatif ini, maka besarlah harapan Insurans Islam TAIB agar hubungan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan ini akan sentiasa terjalin, bukan sahaja melalui Skim Takaful Duyufur Rahman ini, di mana skim ini boleh menjadi satu manfaat tetap di bawah kementerian kesihatan yang menyediakan bantuan perubatan kepada jemaah haji, bahkan juga bagi skim-skim takaful kesihatan yang lain di masa hadapan.

 

“Dengan pengalaman yang ada, Insurans Islam TAIB akan sentiasa bersedia membantu dalam mereka bentuk perlindungan skim takaful kesihatan yang bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan," jelasnya.

 

Pada majlis tersebut, taklimat Skim Takaful Duyufur Rahman disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Kanan IITGT, Awang Haji Md. Faizal bin Haji Wahab.

 

Majlis kemudiannya menyaksikan penyerahan replika skim Takaful Duyufur Rahman yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan, selaku Ahli Pengarah Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Anak-anak Syarikat kepada Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

 

Pihak IITGT telah bersetuju untuk memberikan perlindungan Skim Takaful ini kepada para pegawai perubatan haji sebagai tanda penghargaan kepada Kementerian Kesihatan kerana menyediakan perkhidmatan kemudahan perubatan secara percuma kepada orang awam.

 

Selain itu, ia juga bertujuan bagi menghargai para pegawai perubatan di atas sumbangan khidmat bakti mereka yang berterusan bagi jemaah-jemaah haji NBD sepanjang tahun kebelakangan.

 

Melalui Skim Takaful ini, ia akan menyediakan perlindungan kepada para pegawai perubatan haji sekiranya berlaku kemalangan dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang melaksanakan tugasan mereka di tanah suci kelak.

 

Dalam temu bual bersama Pengurus, Bahagian Tuntutan IITGT, Awang Haji Shameon bin Tamil menjelaskan, kira-kira 20 pegawai perubatan haji diberikan tajaan perlindungan skim takaful pada musim haji tahun ini.

 

“Dengan perlindungan ini, semua jemaah-jemaah haji dan pegawai-pegawai perubatan akan dilindungi oleh Insurans Islam TAIB melalui rakan kongsi kami di tanah suci, di mana perlindungan adalah berbentuk 'cashless', iaitu rakan kongsi pihak Insurans Islam TAIB di tanah suci akan membuat 'medical guarantee' jika sekiranya berlaku perbelanjaan perubatan yang diperlukan disebabkan oleh kemalangan dan penyakit," jelasnya.

 

Skim Takaful Duyufur Rahman, yang ditawarkan oleh IITGT, menyediakan perlindungan komprehensif berkaitan jemaah Haji bagi kesemua Pegawai Perubatan Haji Kementerian Kesihatan di sepanjang Musim Haji tahun ini, di mana ia memberikan perlindungan meliputi kemalangan sendiri, pembiayaan perubatan, kesulitan perjalanan sehinggalah bantuan perubatan dan penghantaran pulang.

 

Sementara itu, meja tuntutan IITGT ditempatkan di Hotel Rehab At-Taqwa, Mekah dan Hotel Rawda Royal Inn, Madinah dibukakan setiap hari bermula selepas waktu Zuhur sehingga Asar.

 

Meja tuntutan tersebut akan memudahkan tuntutan laporan dan pertanyaan para jemaah haji NBD sepanjang Musim Haji 1444 Hijrah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07