FacebookInstagramTwitterContact

 

Charity Event Collection Presentation           >>           National Adau Gayoh Festival Appreciation Ceremony           >>           Korean-Brunei Art Exhibition           >>           Ops Tupai           >>           Convocation Ceremony           >>           Intending Pilgrims Activities           >>           Arrival of Second Intending Pilgrims           >>           Third Flight of Intending Haj Pilgrims Leave for Holy Land           >>           Congratulatory Messages           >>           His Majesty Unscheduled Visit to Ministry of Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Ilmu Pengetahuan Mengenai Kehidupan Rasulullah


 


 May 25th, 2023  |  07:52 AM  |   124 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) mengadakan satu sesi perkongsian ilmu yang khusus dibukakan kepada warga BKISHHB melalui Jalsah Ilmiyyah bertempat di Auditorium, BKISHHB berkenaan.

 

Jalsah Ilmiyyah bertajuk 'Mimbar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Sejarah dan Fadilatnya' disampaikan oleh Pemangku Pengarah Dar Al-Siddiq for Sciences, Jeddah, Dr. Nezar Mahmoud Kasem Alsheikh.

 

Sesi perkongsian ilmu tersebut diadakan bertujuan bagi memberi peluang warga BKISHHB untuk melihat buat pertama kalinya replika model Mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mempelajari dengan lebih mendalam sejarah pembuatan Mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang dibuat pada tahun kelapan Hijrah sebelum ia musnah dalam peristiwa kebakaran Masjid An-Nabawi pada tahun 654 Hijrah.

 

Hasil kajian yang dijalankan oleh Dr. Nezar juga membolehkan beliau untuk menghasilkan model Mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengikut spesifikasi dan ukuran sebenar dengan menggunakan kayu dari pokok Athal atau juga dikenali sebagai pokok Tarfa' yang diperoleh dari persekitaran kota Madinah Al-Munawwarah, iaitu jenis kayu yang sama pernah digunakan untuk membuat Mimbar asal pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping juga menghasilkan replika Mimbar bersaiz kecil.

 

Selain itu, hasil kajian mengenai Mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga diterbitkan ke dalam buku berjudul 'al-Durr al-Thamin fi Fada'il Mimbar al-Nabi al-Amin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (Permata Bernilai Tentang Kelebihan Mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).

 

Pembentangan mengenai Mimbar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, bagi memberikan peluang kepada warga BKISHHB untuk memahami tajuk yang disampaikan dengan sebaiknya.

 

BKISHHB merupakan sebuah institusi yang menyimpan dan mempamerkan khazanah warisan Islam yang sangat berharga serta berperanan dalam menjalankan aktiviti pengumpulan, penyelidikan, pengkajian, pengembangan dan penyebaran maklumat dan ilmu-ilmu Islam.

 

Berdasarkan fungsi dan peranan BKISHHB yang dihasratkan sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Pembukaan Rasmi BKISHHB dan bertepatan dengan tujuan pembinaan bangunan kekal BKISHHB, pihak BKISHHB sedang giat berusaha membuat perancangan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kajian dan penyelidikan termasuklah menyebarkan ilmu penyelidikan melalui Jalsah Ilmiyyah (Sesi Ilmiah), pengajaran, pembelajaran dan penulisan bagi mencapai hasrat untuk merealisasikan penubuhan BKISHHB sebagai pusat warisan ilmu Islam yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu melalui pelbagai aktiviti keilmuan.

 

Dr. Nezar merupakan seorang pengkaji yang mendalami penyelidikan berkaitan sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, merangkumi sejarah kehidupan Baginda dan tempat-tempat sejarah yang berhubung kait dengan kehidupan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Dr. Nezar berada di Negara Brunei Darussalam untuk berkunjung ke BKISHHB bagi melihat sendiri bahan-bahan koleksi yang dipamerkan, lebih-lebih lagi di dua buah galeri yang khusus menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan koleksi yang berkaitan dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan juga para sahabat Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu Galeri 3 : Galeri Rambut Mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; dan Galeri 4 : Galeri Athar Sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Memiliki kepakaran dalam bidang Al-Quran, hadis dan Fiqh, Dr. Nezar sebelum ini juga menyatakan hasrat beliau untuk meneroka peluang kerjasama dan kolaborasi dalam bidang yang berkaitan seperti bidang pameran, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan-bahan koleksi, dan penyelidikan di antara Dar Al-Siddiq for Sciences, Jeddah dengan BKISHHB.

 

Jalsah Ilmiyyah kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi soal jawab daripada para peserta yang hadir sebelum diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata yang disampaikan oleh Pengarah BKISHHB kepada Dr. Nezar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06