FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Kenali Permainan Tradisi Brunei


 


 May 26th, 2023  |  08:22 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Festival Permainan Tradisi yang berlangsung pada ketika ini adalah salah satu usaha positif pihak kerajaan bagi memartabatkan seni permainan tradisi Brunei.

 

Sehubungan itu, atas usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium-Muzium (JMM) patut diberi pujian kerana ia dapat memberi impak yang positif kepada generasi muda belia terutamanya kepada generasi kanak-kanak.

 

Perkara berkenaan diketengahkan oleh Marloun Brigoli, salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Sunshine yang membawa serombongan 20 murid Tahun 4 dari sekolah berkenaan bagi mengunjungi festival tersebut yang diadakan di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, pagi tadi.

 

Menurut beliau, usaha sebegini dapat membuka minda dan memberikan pengetahuan meluas kepada golongan generasi muda untuk mengetahui akan permainan-permainan tradisi yang terdapat di negara ini yang wujud dan pernah dimainkan daripada sejak zaman dahulu lagi.

 

Beliau berasa gembira apabila melihat respons anak-anak muridnya yang begitu teruja melihat pelbagai jenis permainan tradisi yang dipamerkan di ruangan galeri sama ada berbentuk pameran mahupun berbentuk interaktif seperti permainan pasang.

 

“Murid-murid lelaki berasa sangat teruja mencuba permainan sepak takraw buat pertama kali dan mereka bermain di luar kawasan bangunan.

 

“Manakala bagi murid-murid perempuan pula, mereka seronok bermain layang-layang," ujarnya.

 

Beliau juga berharap agar usaha sebegini akan dapat dikekalkan sampai bila-bila dengan mengetengahkan lagi beberapa permainan tradisi zaman dahulu kala untuk diperkenalkan di mata dunia, agar ia tidak luput ditelan zaman.

 

Selain itu tambahnya, menubuhkan kelab-kelab permainan tradisi di sekolah-sekolah di negara ini.

 

Manakala, Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, JMM, Awang Haji Mahrin bin Haji Abas pula berpendapat cabaran dunia ketika ini ialah pengaruh 'gadget' terutama sekali kepada golongan generasi anak-anak muda.

 

Justeru itu jelasnya, usaha JMM mengadakan Festival Permainan Tradisi berkenaan adalah sangat bertepatan dalam memperkenalkan dan mengetengahkan beberapa permainan tradisi di Negara Brunei Darussalam untuk dipraktikkan bagi memelihara warisan budaya dan identiti.

 

Awang Haji Mahrin seterusnya berkata sejak festival berkenaan mula dibukakan sehingga setakat hari ini, sambutan orang ramai dan penyertaan daripada sekolah-sekolah adalah sangat menggalakkan, ini juga termasuk menerima kunjungan daripada golongan para warga emas yang sangat teruja dan gembira kerana dapat melihat dan mengimbas kembali kenangan mereka pada zaman mereka masih kecil dan pernah bermain dengan sebilangan jenis permainan yang ada di pameran tersebut.

 

“Mereka sangat gembira dan ada juga yang tidak putus-putus berkongsi serta menceritakan pengalaman mereka termasuk cara-cara pembuatan dan cara-cara bermain sesuatu permainan tradisi itu," terangnya lagi.

 

Tambahnya, sebilangan pengunjung termasuk para penuntut sekolah juga ada yang baharu pernah mengenali akan sesuatu permainan tradisi itu, justeru festival dan pameran seumpama ini sangat-sangat bermakna selain memberi ruang kepada orang ramai untuk mengetahui serta memahami tentang warisan negara kitani.

 

Antara permainan-permainan yang diketengahkan di festival berkenaan antaranya seperti Pasang bersaiz gergasi, kereta kirikan benang, kuit, kayu tiga, gatah berturus, salok-salokan, gasing pelajau, rising, simban, main gajah, kirut-kirut siding dan bermacam lagi.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Festival Permainan Tradisi di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja mulai Sabtu, 20 hingga 25 Mei 2023 dan 27 hingga 31 Mei 2023 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali  Jumaat, ditutup untuk kunjungan orang ramai.

 

Sebuah ruang untuk pengunjung mengambil gambar kenang-kenangan juga turut disediakan dengan memaparkan suasana kampung. Selain itu, festival juga turut diisikan dengan pameran, demonstrasi dan tunjuk ajar permainan tradisi, jualan produk kraf tangan dan seni serta jualan terbitan JMM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07