Home > Bahasa Melayu
Kegiatan Judi Tumpas, Tiga Ditahan
May 26th, 2023 | 08:25 AM | 203 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai tiga individu melibatkan warga tempatan ditahan pihak polis kerana terlibat dengan kegiatan perjudian di sebuah rumah kediaman di kawasan Batu Bersurat pada 24 Mei 2023 sekitar jam 9 pagi.
Serbuan ke atas perjudian tersebut telah dijalankan oleh keanggotaan daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Semasa serbuan dijalankan telah menyaksikan beberapa orang suspek dipercayai lelaki dan wanita cuba untuk melarikan diri bila mana keanggotaan unit berkenaan berhasil meluru masuk ke dalam rumah berkenaan.
Kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi menjalani siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.
PPDB menegaskan bahawa kegiatan judi adalah merupakan racun masyarakat yang perlu dibendung dengan sewajarnya.
Implikasi terhadap kegiatan ini akan sahaja merangsang kepada pengaruh yang sangat negatif sehingga boleh merosakkan institusi masa depan diri sendiri mahupun kehidupan berkeluarga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]