FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga Individu, 10 Syarikat Didenda


 


 May 26th, 2023  |  08:28 AM  |   227 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hasil tindakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dari tempoh bulan Mac sehingga Mei 2023 telah mengeluarkan denda kompaun kepada seramai tiga individu dan 10 buah syarikat yang keseluruhan berjumlah BND6,100.00 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021 kerana membuang sampah di tempat awam dan laluan awam.

 

Nama-nama individu dan syarikat-syarikat yang telah dikeluarkan kompaun sepanjang pemantauan rutin dan operasi adalah Em Em Sdn Bhd; Halimun Sdn Bhd; Topcity Enterprise; Salha Aryssa, Hqs Kawsar Sdn Bhd; Carserve Company; Sri Suji Sdn Bhd; One Dream Group Enterprise; Karim M Sdn Bhd; Su'ud Motors Company; Mohammad Shahidul Islam; Mandang Permana dan Md Makbul Hossain.

 

Menurut pindaan di bawah Perintah Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021 (Miscellaneous Offences Act) Penggal 30, kadar kompaun bagi mana-mana individu atau badan korporat yang dikeluarkan kompaun bagi kesalahan di bawah Bab 12 atau mana-mana kesalahan.

 

Bagi individu boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi BND1,000.00 dan Bagi badan-badan korporat boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi BND2,000.00.

 

Bagi kesalahan-kesalahan individu dan badan-badan korporat yang gagal menjelaskan kompaun dan diambil tindakan melalui mahkamah adalah seperti berikut.

 

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND1,000.00 dan tidak melebihi BND3,000.00 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang BND3.000.00 dan tidak melebihi BND9,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab ini boleh dikenakan denda tidak kurang dari BND2,000.00 dan tidak melebihi BND10,000.00 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND10,000.00 dan tidak melebihi BND30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Dalam kes-kes berkenaan, individu-individu dan syarikat-syarikat berkenaan adalah dikehendaki menjelaskan kompaun masing-masing ke Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri dalam tempoh masa 7 hari.

 

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan mengingatkan mana-mana individu dan pemilik/penyewa bangunan untuk sama-sama menjaga aspek keindahan, kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan Bandar Seri Begawan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan jika didapati

 

melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian Pindaan 2021.

 

Pada masa yang sama, Jabatan ini mengalu-alukan orang ramai untuk mengongsikan sebarang aduan dan perkongsian maklumat ke nombor talian E-Darussalam: 123 atau Emel: [email protected] atau layari www.123.gov.bn atau Whatsapp: +673 8333123 atau hubungi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang 7291122.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07