Home > Bahasa Melayu
SAKAT : Tahan 12 Warga Asing Di Daerah Temburong
May 28th, 2023 | 08:24 AM | 45 views
TEMBURONG
Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Bandar Seri Begawan menjalankan satu operasi yang diberi nama Operasi SAKAT JIPK 57 / 2023 yang menyasarkan bilik-bilik sewa dan rumah-rumah sewa di beberapa buah mukim di Daerah Temburong, baru-baru ini.
Sasaran pertama adalah sebuah rumah sewa di Pekan Bangar, Mukim Bangar di mana sewaktu pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JIPK telah memeriksa seramai tujuh lelaki warga asing yang berada di tempat tersebut.
Kesemua warganegara asing tersebut telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JIPK untuk siasatan lanjut. Sementara itu, operasi juga diteruskan ke sebuah lagi rumah sewa di Kampung Seri Tanjong Belayang juga di Mukim Bangar.
Seramai lima warga asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JIPK untuk siasatan lanjut dan salah seorang warga asing tersebut dilaporkan sebagai pekerja lari daripada majikan (PLDM).
JIPK ingin mengingatkan kepada orang ramai mana-mana majikan mengambil pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.
Manakala mana-mana warganegara asing yang telah diambil tindakan pas imigresen akan dibatalkan dan diusir dari negara ini. Nama-nama mereka boleh disenaraihitamkan untuk tidak dibenarkan lagi bekerja di Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, JIPK mengingatkan kepada orang ramai bahawa pihak JIPK akan sentiasa menjalankan operasi ,menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]