Home > Bahasa Melayu
24 Muslimah Timba Ilmu Kendali Pengurusan Jenazah
May 28th, 2023 | 08:26 AM | 98 views
BELAIT
Bengkel berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dan dikendalikan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan.
Seramai 24 Muslimah dari Daerah Belait mengikuti bengkel berkenaan yang disampaikan oleh dua Penggapai, iaitu Dayang Norkasidah binti Abdullah; dan Dayang Nooryani binti Matusin selaku pemudah cara bengkel.
Bengkel diadakan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan para Muslimah yang menyertai bengkel berkenaan melalui penerangan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah.
Di samping itu, bagi meningkatkan keyakinan para peserta bengkel dan berani untuk mengendalikan pengurusan jenazah dengan betul.
Bengkel juga dihasrat untuk menarik minat para Muslimah masjid untuk menubuhkan kumpulan Penggapai di masjid-masjid sekali gus memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat Penggapai bagi menyempurnakan jenazah terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan para Muslimah dalam hal ehwal kemasyarakatan secara aktif dan sukarela.
Bengkel berkenaan juga diharapkan untuk menggalakkan penglibatan badan bukan kerajaan dalam program ilmu dan kemasyarakatan yang dikendalikan oleh masjid.
Bengkel seumpamanya akan diteruskan lagi ke daerah yang lain mengikut jadual yang ditetapkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]