FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jerayawara Bantu Hala Tuju Masa Depan Pelajar


 


 May 28th, 2023  |  08:28 AM  |   78 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 300 peserta terdiri daripada pelajar Pra U2 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi telah menghadiri Jerayawara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan hari ini di Surau At-Taqwa, sekolah berkenaan.

 

Turut hadir pada jerayawara tersebut, Timbalan Pengetua Pentadbiran, SMALHB, Dayang Aminah binti Haji Yahya, Pengarah USIM 'Alamiyyah, Dr. Fauziah Hassan dan Pegawai USIM, Nurhassikin Maulat Mahmud.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Bahagian Akhlak dan Agama Majlis Pelajar SMALHB, Awang Muhammad Ilyas Amzar bin Azmar.

 

Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, Awang Haji Hainney bin Haji Hamidon dalam ucapannya menghargai dan mengalu-alukan pihak USIM datang ke SMALHB serta berharap para peserta akan beroleh manfaat yang banyak menerusi jerayawara ini. Para pegawai dari USIM mengongsikan maklumat merangkumi syarat kemasukan dan panduan permohonan ke USIM.

 

Jerayawara turut mengetengahkan perkongsian bersama Alumni SMALHB yang sedang menuntut di USIM iaitu Awangku Md. Ihsan bin Pengiran Haji Md. Zaman dan Dayang Siti Nurul Humaira' binti Haji Mohd. Erwan.

 

Pihak USIM juga turut membukakan kaunter untuk sesi konsultasi semakan kelayakan syarat kemasukan ke USIM. Beberapa orang peserta telah pun diberikan surat tawaran bersyarat (Conditional Offer Letter) oleh pihak universiti.

 

Melalui jerayawara ini, ia diharap akan dapat menaikkan semangat dan motivasi para peserta untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi serta membantu mereka membuat perancangan hala tuju masa hadapan mereka nanti.

 

Ia juga dihasratkan dapat mengukuhkan jalinan silaturahim dan profesional di antara SMALHB bersama pihak USIM khususnya dan institusi pengajian tinggi lain amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07