FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tunjukkan Semangat Juang, Bersaing Dengan Sihat


 


 May 28th, 2023  |  08:42 AM  |   239 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Para atlet yang terpilih adalah ditekankan agar sentiasa beringat dan berwaspada agar tidak menggunakan ubat-ubatan yang terlarang dan tidak dikenal pasti sehingga boleh mengakibatkan atlet hilang kelayakan untuk bertanding dan seterusnya digantung daripada sebarang penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Para atlet juga perlu menjaga disiplin dan kesihatan masing-masing sebelum dan semasa kejohanan berlangsung.

 

Atlet haruslah sentiasa fokus dan mempunyai semangat yang jitu bagi meraih kemenangan dan mengharumkan nama bangsa dan negara serta mencipta satu sejarah dalam perkembangan sukan di negara ini.

 

Demikian yang ditegaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku tetamu kehormat di Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, petang tadi.

 

Menurut Yang Berhormat, terpilihnya para atlet ke kejohanan berkenaan bukan sahaja sebagai satu arena untuk bersaing semata-mata tetapi juga sebagai gelanggang ukuran bagi meningkatkan lagi potensi dan pencapaian masing-masing.

 

Yang Berhormat juga percaya bahawa pemilihan para atlet untuk menyertai kejohanan berkenaan adalah hasil daripada usaha keras dan komitmen yang berterusan dalam menjalani latihan yang diaturkan serta semangat juang yang ditunjukkan.

 

Oleh yang demikian ujar Yang Berhormat, adalah diharapkan agar usaha berkenaan akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi sepanjang kejohanan dan juga semasa dalam pertandingan nanti.

 

“Tunjukkanlah semangat juang yang tinggi dan semangat persaingan yang sihat dengan matlamat untuk berjaya dan sekali gus dapat mengharumkan nama negara," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat turut mengucapkan selamat bertanding kepada para atlet yang terpilih dan didoakan agar semua atlet akan beroleh kejayaan sekali gus mengharumkan nama negara di persada sukan dunia serta bersainglah secara sihat dengan disiplin serta semangat yang kental.

 

Dengan kejayaan yang akan dibawa pulang nanti tambah Yang Berhormat, insyaaAllah akan menambahkan lagi keyakinan dan memupuk semangat kepada seluruh penggiat sukan, atlet, badan yang bertanggungjawab mengurus sukan dan anak muda yang berbakat untuk terus berusaha dalam meningkatkan lagi kualiti dan kejayaan pada kejohanan-kejohanan lain yang lebih berprestij sama ada di peringkat negara, Asia mahupun dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07