Home > Bahasa Melayu
KHEDN Adakan Doa Selamat Untuk Bakal Haji
May 28th, 2023 | 08:52 AM | 166 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Doa Selamat Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-jabatan Di Bawahnya yang akan menunaikan fardu haji tahun 1444H/2023M diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Ibadah Haji Antara Syariat Islam Yang Memerlukan Pengorbanan' disampaikan oleh Dekan Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Mulok, selaku penceramah jemputan.
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kutipan derma kepada 13 pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji tahun 1444H/2023M yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]