FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Transformasi Digital Dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan


 


 May 28th, 2023  |  08:55 AM  |   161 views

SWITZERLAND

 

• Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengetengahkan dua isu penting yang akan mereka bentuk kesihatan awam di masa hadapan, di mana antaranya, tindak balas terhadap COVID-19 di kebanyakan negara telah pun mencetuskan kemajuan yang ketara dalam bidang kesihatan digital.

 

• Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-76 ini membincangkan mengenai pelbagai isu kesihatan awam dan global yang penting.

 

Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation - WHO) pada ketika ini sedang menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-76 (76th World Health Assembly) yang berlangsung di Geneva, Switzerland, bermula pada 21 Mei lalu hingga 30 Mei ini.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) ke perhimpunan tersebut diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan juga disertai oleh Perwakilan Tetap NBD ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, Puan Yang Terutama Dayangku Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Ang Swee Hui serta beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Tema Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada tahun ini ialah 'Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 75 : Menyelamatkan Nyawa, Memacu Kesihatan untuk Semua' (WHO at 75 : Saving Lives, Driving Health for All).

 

Pada perhimpunan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah pun memberikan ucapan di sesi plenari di mana semenjak penubuhan WHO, NBD telah mencapai beberapa kemajuan di dalam kesihatan yang ketara, dari peningkatan jangka hayat, penghapusan cacar, malaria, polio, campak dan rubella, kepada liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah pun mengetengahkan dua isu penting yang akan mereka bentuk kesihatan awam di masa hadapan, di mana antaranya, tindak balas terhadap COVID-19 di kebanyakan negara telah pun mencetuskan kemajuan yang ketara dalam bidang kesihatan digital.

 

Di NBD, pecutan yang paling ketara ialah penggunaan aplikasi 'mobile-kesihatan' BruHealth yang kini mempunyai liputan melebihi 90 peratus penduduk, pengurusan infrastruktur data kesihatan dan penggunaan 'artificial intelligence'.

 

Dua inisiatif utama telah pun dilaksanakan termasuk penubuhan hab perisikan yang bertanggungjawab untuk mengautomasikan aktiviti pengawasan dan tindak balas penyakit kebangsaan serta penubuhan Unit Digital Kesihatan bagi menyelaraskan transformasi kesihatan digital di seluruh perkhidmatan penjagaan kesihatan.

 

Seterusnya, Yang Berhormat juga menyuarakan isu penting di zaman media sosial kini yang semakin meningkat dan mesti ditangani iaitu penyebaran maklumat yang salah yang boleh memusnahkan kepercayaan, menjejaskan kesihatan dan menggalakkan konflik.

 

NBD sedang bekerjasama dengan pihak WHO untuk mengukuhkan fungsi unit 'behavioural insights', untuk memahami tingkah laku individu, memudahkan perpaduan masyarakat dan menjana kepercayaan kepada isu berkaitan kesihatan.

 

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-76 ini membincangkan mengenai pelbagai isu kesihatan awam dan global yang penting termasuk berkaitan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, tenaga kerja kesihatan, tindakkan dan kesiapsiagaan kepada kecemasan kesihatan awam, dan strategi-strategi global mengenai kesihatan.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah pun diberikan penghormatan untuk dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Komiti A, iaitu komiti yang meneliti agenda-agenda teknikal semasa perhimpunan tersebut.

 

Semasa di Geneva juga, Yang Berhormat telah membuat perbincangan dua-hala dengan Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Yang Berhormat Anutin Charnvirakul mengenai kerjasama bidang kesihatan yang berkepentingan.

 

Yang Berhormat juga telah pun membuat perjumpaan dengan United Nations Inter-Agency Task Force on NCDs (UNIATF) dan bertukar-tukar maklumat dan pendapat mengenai dengan kawalan-kawalan penyakit tidak berjangkit, termasuk bantuan untuk membangun 'investment cases' penyakit- penyakit tidak berjangkit, kesihatan mental dan kesihatan digital.

 

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah membuat lawatan ke Union for International Cancer Control (UICC) bagi mengetahui lebih lanjut mengenai dengan peranan-peranan UICC, bertukar-tukar amalan terbaik serta meneroka bantuan teknikal terutama kepada kawalan kanser kebangsaan dan advokasi pesakit terhadap kanser.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07