Home > Bahasa Melayu
Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji
May 28th, 2023 | 08:57 AM | 164 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan Majlis Doa Selamat bagi lima pegawai dan kakitangan yang akan menunaikan Ibadat Fardu Haji bagi Musim Haji Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, bertempat di Bilik Mesyuarat East Wing, JPM, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat Menunaikan Haji yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, JPM, Awang Muhammad Zainul-Akhyaar bin Amer Hairunuddin.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat juga turut menyempurnakan penyampaian sumbangan derma daripada pegawai dan kakitangan JPM kepada bakal-bakal jemaah haji berkenaan.
Majlis antaranya bertujuan untuk memohon keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan semasa berada di tanah suci, dipermudahkan segala urusan serta kembali dengan memperoleh haji yang mabrur.
Turut hadir, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Setiausaha Tetap (Wawasan),Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]