Home > Bahasa Melayu
D'Sunlit Raikan Ulang Tahun Ke-40
May 29th, 2023 | 08:15 AM | 75 views
BERAKAS
D'Sunlit Sdn. Bhd. meraikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Gala Ruby ke-40 pada malam kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), di sini.
Pada malam itu dipenuhi dengan pelbagai persembahan meriah yang menggambarkan perjalanan yang telah dilalui syarikat tersebut sejak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini.
Para tetamu juga dapat menikmati cita rasa negara melalui hidangan unik yang dihidangkan mewakili kakitangan syarikat yang berbilang bangsa.
Beberapa hadirin yang datang turut menyaksikan pelbagai segmen bermula daripada persembahan instrumental secara langsung, persembahan tarian dan yang paling penting, segmen penghargaan untuk Penerima Anugerah Khidmat Lama yang telah bersama D'Sunlit dari 10 hingga 40 tahun.
Dalam ucapan Pengarah Urusan D'Sunlit Sdn Bhd, Dato Jackson Ting menyatakan, D'Sunlit telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk sampai ke tahap ini sehingga dapat mencapai ulang tahunnya yang ke-40.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]