FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amalan Memudahkan Masuk Syurga Tanpa Hisab


 


 May 29th, 2023  |  08:29 AM  |   108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Siapakah antara kita yang tidak mahu dimasukkan ke Syurga tanpa dihisab. Syurgalah tempat yang penuh dengan kenikmatan yang abadi yang kekal selamanya.

 

Ada suatu hadis, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: ''Seluruh manusia akan dihimpunkan pada suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru : siapakah dia orang-orang (di dunia dulu) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka? (untuk bangun qiamulail). Lalu sekumpulan kecil orang-orang yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk dilakukan hisab pada semua manusia'' Riwayat Al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid.

 

Perkara tersebut antara isi kandungan tazkirah bertajuk 'Dahsyatnya Doa Di Tengah Malam' disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama (I-Ready), Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf), Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Dayang Siti Amal Zakiah binti Haji Md. Yusof dari Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak pada Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi minggu ke-87 Khas untuk Wanita ke-9 pada malam tadi.

 

Acara Munajat kali ini mengundang Tetamu Khas, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin dari Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah.

 

Turut memeriahkan acara malam tadi, para muslimah dari beberapa buah masjid di seluruh Negara termasuk jemaah muslimah Masjid Ash Shaliheen; Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak; Masjid Kampung Penanjong; dan ahli-ahli Persatuan Pertiwi Daerah Tutong serta tenaga akademik Jabatan Pengajian Islam dan warga kerja wanita KHEU dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersama ahli keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Selesai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Ugama Terlatih, Jabatan Pengajian Islam, Dayang Siti Sara binti Haji Mahmud dari Surau Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok.

 

Seterusnya, Doa Munajat dibacakan oleh Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil.

 

Sejurus selepas Tazkirah, bacaan Asma'ul Husna dipimpin oleh Dayang Hajah Latifah binti Haji Libut daripada Persatuan Pertiwi Daerah Tutong, dari Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong.

 

Bagi memberkati acara Malam Munajat, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Siti binti Haji Sabtu dari Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

 

Ikut sama menyerikan acara Munajat, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin Hajah Norazimah binti Haji Ramlee, Isteri Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan Berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Orang ramai dipelawa untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua mereka berada pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheuwanita atau https://www.facebook.com/pdi.kheu/.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07