FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awang Muhammad Adib Calon Ketua Kampung Panchor


 


 May 29th, 2023  |  08:33 AM  |   75 views

TUTONG

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Panchor, Mukim Pekan Tutong diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong menggunakan kaedah kertas undi.

 

Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada 26 Mei yang lalu.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

 

Calon-calon yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Panchor ialah Awang Asmalee bin Haji Mohamad, berusia 51 tahun; Awang Muhammad Adib bin Pehin Datu Indera Setia Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Sulaiman, berusia 32 tahun; dan Awang Mohammad Adnani bin Haji Ibrahim, berusia 54 tahun.

 

Seramai 204 penduduk daripada seramai 283 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan jawatan Ketua Kampung Panchor, yang mana 15 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 189 orang menggunakan kertas undi.

 

Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan Awang Asmalee meraih sebanyak 29 undian; Awang Muhammad Adib mendapat sebanyak 130 undian; dan Awang Mohammad Adnani beroleh sebanyak 43 undian.

 

Manakala, tidak ada undian tidak bersetuju ke atas ketiga-tiga calon dan dua undi rosak.

 

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku Pengerusi Majlis; serta para pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Penghulu Mukim Pekan Tutong, Ketua-ketua Kampung dan Pemangku-pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Pekan Tutong berserta penduduk kampung.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Panchor akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, KHEDN bagi proses selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07