FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


9 Pegawai Kerajaan Sertai Program Perkhidmatan Awam Ke Republik Singapura


 


 May 29th, 2023  |  08:39 AM  |   122 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai sembilan pegawai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terpilih untuk mengikuti Program Perkhidmatan Awam ke Republik Singapura berlepas meninggalkan negara petang tadi.

 

Antara peserta-peserta program tersebut adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlayar ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Hadir sama, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam), di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhimatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Ajman bin Haji Meludin dan Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Norfarizal bin Othman.

 

Program ini merupakan hasil Young Leader Programme (YLP) kali ke-8 yang telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2022 di Republik Singapura dan telah dimeterai melalui penandatangan Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Singapura yang telah ditandatangani pada 24 ogos 2022 di Republik Singapura.

 

Program penempatan ini adalah program jangka panjang dan berterusan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Awam yang berprestasi cemerlang untuk ditempatkan di beberapa agensi kerajaan atau agensi yang berkaitan di Republik Singapura dalam tempoh tertentu mengikuti bidang-bidang yang bersesuaian selaras dengan keperluan semasa dalam perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

 

Melalui penempatan kerja tersebut, pegawai-pegawai yang terpilih akan berpeluang untuk meningkatkan kompetensi dan memperluas jangkauan profesional untuk menyumbang ke arah pembangunan dan prestasi organisasi agensi-agensi masing-masing serta kepada perkembangan dan kemajuan Perkhidmatan Awam secara keseluruhan apabila pegawai-pegawai berkenaan kembali bertugas di agensi masing-masing setelah selesai mengikuti program berkenaan.

 

Kerjasama ini diharap akan dapat mendatangkan manfaat dari segi pertukaran idea, pembelajaran dari pengalaman dan amalan-amalan terbaik, peningkatan ilmu pengetahuan, pembinaan jaringan kerjasama dan setentunya untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah akrab dan sudah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

Menurut salah seorang peserta iaitu Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Wanita dan Kanak-Kanak, JAPEM, Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak dalam temu bual berkata persediaan untuk menghadiri program perkhidmatan awam yang panjang selama setahun ini perlu menyiapkan diri kerana di sana nanti mereka akan bertugas di kementerian yang sama dan menyediakan 'policy' serta dasar untuk program yang akan dipelajari dengan lebih lanjut.

 

''Dari segi mental juga perlu dipersiapkan kerana program ini memakan masa yang panjang InshaaAllah jika selesai program ini, apa yang dipelajari di sana akan dikongsikan bersama dengan ilmu-ilmu dan cara kerja mereka di sana, bagi saya lebih cenderung kepada pembangunan kanak-kanak ini adalah salah satu di Brunei belum berapa mendalami dan apa yang dipelajari di sana akan dapat menyumbangkan kepada perubahan dan perkembangan Early Childhood and Development,'' tambahnya.

 

Sementara bagi Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 2, Kementerian Pendidikan, Muhammad Arif Firdaus Al'Zakirin bin Dato Paduka Haji Awang Othman pula berkata, apa yang di pelajari dan ilmu pengetahuan atau penepatan kerja di Singapura akan diterapkan di Kementerian Pendidikan dengan menjurus transformasi digital. Dengan adanya program ini akan dapat memberikan manfaat kepada Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07