FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Menyaksikan Festival Renang


 


 May 29th, 2023  |  08:41 AM  |   146 views

BERAKAS

 

Festival Renang Sekolah-Sekolah Rendah Brunei Darussalam Tahun 2023 menyaksikan penyertaan seramai 151 pelajar berumur antara 7 hingga 11 tahun (pada tahun 2023) daripada 12 buah sekolah rendah Kerajaan dan Swasta.

 

Festival yang julung kalinya diadakan ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Persatuan Renang Amatur Brunei Darussalam (BASA), berlangsung di Kolam Renang Kebangsaan, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan festival renang yang turut disertai oleh anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

 

Juga berangkat menyaksikan Festival tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

 

Pada festival tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman yang mewakili Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) bertanding dalam tujuh acara renang iaitu Kategori Lelaki peringkat umur 8 tahun Kuak Dada 50 meter, Kuak Kupu-Kupu 25 meter, Kuak Lentang 50 meter, Gaya Bebas 25 meter, Kuak lentang 25 meter, Kuak Dada 25 meter dan Gaya Bebas 50 meter.

 

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Kuak Dada 50 meter kategori Lelaki peringkat umur 8 tahun setelah mencatat masa 1 minit 25 saat.

 

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat.

 

Para peserta yang menyertai festival kali ini mewakili Sekolah Rendah Sengkurong, Sekolah Rendah Muda Hashim, Seri Mulia Sarjana International School, International School Brunei (ISB), Bright Jigsaw International School, Stella School, Chung Hua Middle School, Kuala Belait, Sekolah PGGMB Sungai Akar, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, St Andrews School, St George School dan Bakti Dewa School.

 

Matlamat Festival diadakan adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam sukan renang untuk mewakili Pasukan Renang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSSBD) ke Festival-Festival di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

 

Manakala, antara tujuan festival ini adalah untuk mencungkil bakal dan potensi pelajar dalam sukan renang, meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi-institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam melalui aktiviti sukan renang, meningkatkan dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara Kementerian Pendidikan dengan agensi-agensi berkaitan dalam usaha menerapkan pendidikan melalui sukan renang serta menyokong Wawasan Negara 2035 dalam memastikan kehidupan yang sihat untuk meningkatkan kualiti hidup secara amnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07