FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sesi Konsultasi SPK Bagi Jun


 


 May 30th, 2023  |  07:54 AM  |   50 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan meneruskan lagi Sesi Konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) bagi semua ahli di Aras Bawah Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Bandar Seri Begawan mulai 1 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023. Sesi tersebut akan dibukakan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 3.30 petang dan ditutup pada Jumaat dan Ahad.

 

Sesi tersebut akan membolehkan ahli-ahli untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara dan simpanan SPK mereka.

 

Semasa sesi tersebut, ahli-ahli juga dapat membuat permohonan pengeluaran Skim TAP (seperti Pengeluaran TAP 50 Tahun, TAP 55 Tahun dan TAP Perumahan), pengeluaran SPK (Pengeluaran SPK 45 Tahun, SPK 50 Tahun, SPK 55 Tahun dan SPK Perumahan) atau Pengeluaran SCP 60 Tahun.

 

Ahli-ahli adalah dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen asal dan salinan  pengenalan (Kad Pengenalan atau Lesen Memandu) serta maklumat akaun bank ahli (kad  maklumat akaun / buku bank / penyata akaun).

 

Bagi ahli yang ingin membuat permohonan TAP Perumahan atau SPK Perumahan adalah untuk membawa dokumen-dokumen yang berkenaan (senarai dokumen boleh dirujuk di laman sesawang 'www.tap.com.bn').

 

Ahli-ahli pemegang Kad Pengenalan berwarna ungu adalah dikehendaki untuk membawa dokumen pasport atau Sijil Pengenalan Brunei (Certificate of Identity) masing-masing.

 

Tarikh akhir bagi permohonan pengeluaran Skim TAP/SCP/SPK adalah pada 30 Jun 2023 dan pengeluaran SPK akan dibukakan kembali pada 17 Julai 2023.

 

Memandangkan berkemungkinan jumlah permohonan pengeluaran yang diterima adalah  tinggi, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) sementara bagi pengeluaran-pengeluaran SPK akan mengambil masa sehingga satu bulan dari tarikh pelaksanaan SPK nanti.

 

Sehubungan itu, bagi memudahkan urusan ahli yang ingin berkunjung ke sesi tersebut, maklumat tambahan boleh didapati melalui laman sesawang TAP atau akaun rasmi media sosial TAP melalui Facebook atau '@TAP_Brunei' melalui Instagram.

 

Orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP menerusi talian +673 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di '[email protected]' untuk maklumat lebih lanjut.

 

Setiap ahli juga adalah dinasihatkan untuk mendaftar sebagai pengguna portal e-Amanah melalui laman sesawang 'www.tap.com.bn' bagi membolehkan ahli mendapatkan penyata  SPK. Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07