FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurangkan, Kawal Pengambilan Garam Dalam Makanan


 


 May 30th, 2023  |  07:58 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi atau hipertensi, dan jika tidak terkawal akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lebih serius termasuk penyakit kardiovaskular, buah pinggang, kanser perut dan obesiti.

 

Di Negara Brunei Darussalam, penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit jantung adalah penyebab terbesar kematian pramatang sejak sedekad yang lalu.

 

Pengambilan garam di negara ini adalah di tahap yang membimbangkan, di mana kajian berdasarkan hasil Kaji Selidik Kebangsaan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit 2016 mendapati bahawa purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat dan penduduk adalah sebanyak 10.0 gram sehari.

 

Jumlah pengambilan garam berkenaan adalah melebihi dua kali ganda daripada jumlah yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), iaitu kurang dari 5.0 gram bersamaan satu sudu teh garam sehari.

 

Adalah disarankan agar rakyat dan penduduk di negara ini mengurangkan dan mengawal pengambilan garam dalam makanan harian bagi mengelakkan timbulnya pelbagai penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan.

 

Pihak WHO juga telah menetapkan sasaran global bagi mengurangkan pengambilan garam sebanyak 30 peratus menjelang 2025.

 

Ini menunjukkan bahawa masalah pengambilan garam berlebihan ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat dan penduduk di negara ini, malahan juga populasi negara-negara lain di seluruh dunia.

 

Kebanyakan garam yang diambil adalah tersembunyi dalam produk-produk makanan yang dijual di kedai dan pasar raya.

 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan mengenai produk tinggi sodium di Negara Brunei Darussalam, hanya 806 daripada 1,470 produk makanan yang dijual di negara ini memaparkan maklumat mengenai garam di pek makanan.

 

Daripada jumlah tersebut, 411 atau lebih separuh (51 peratus) produk yang memaparkan maklumat tersebut mempunyai kandungan garam yang tinggi.

 

Empat produk makanan yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi adalah roti paun, keropok, mee segera dan makanan dalam tin atau paket.

 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat yang dipamerkan pada label makanan terutama makanan segera, ringan serta berproses. Selain itu, menggunakan perencah dan ramuan herba asli bagi menambah rasa dalam masakan boleh membantu mengurangkan jumlah garam yang diambil setiap hari.

 

Pola pemakanan sihat dengan mengamalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, turut membantu orang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07