FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Pastikan Perintah Pekerjaan 2009 Dipatuhi


 


 May 30th, 2023  |  08:05 AM  |   51 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh menjalankan Operasi Kelinga 109 / 2023 di kawasan Kampung Manggis dan Kampung Beribi pada 25 Mei 2023, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

 

Pemeriksaan pertama yang dijalankan di Kampung Manggis mendapati sebanyak dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 86 gagal mendapatkan kebenaran tempat pekerjaan dan gagal membuat penyusunan semula penempatan pekerja tambahan.

 

Seterusnya, Bab 112 (2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana dua orang pekerja asing berjawatan pelayan membuat pekerjaan jurujual dan juruwang, seorang pekerja asing berjawatan buruh membuat pekerjaan juruwang dan jurujual, dan seorang pekerja asing yang berjawatan penolong tukang masak membuat pekerjaan tukang layan.

 

Pemeriksaan kedua yang dijalankan di Kampung Beribi mendapati melakukan sebanyak satu kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 112 (2) kesalahan melanggar syarat-syarat Lesen Pengambilan Pekerja Asing, di mana tiga orang pekerja berjawatan buruh membuat pekerjaan juruwang dan penolong tukang masak.

 

Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua. Bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

 

Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

 

Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009. Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh menerusi talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07