FacebookInstagramTwitterContact

 

Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


6 Premis Perniagaan Dikenakan Denda Kompaun


 


 May 30th, 2023  |  08:08 AM  |   43 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengeluarkan tujuh denda kompaun kepada enam buah premis perniagaan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, bagi bulan April hingga pertengahan bulan Mei 2023.

 

Hasil kerja-kerja pemeriksan rutin penguatkuasaan tersebut mendapati tiga premis menjual barangan dikawal harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan masing-masing dikenakan denda kompaun sebanyak BND500.

 

Manakala empat premis lagi didenda kompaun kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga atau mempamerkan tanda harga yang tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem dengan sebuah premis dikenakan kompaun BND700 dan tiga yang lain masing-masing dikompaun BND500.

 

Berikut adalah keterangan mengenai kesalahan-kesalahan yang dikeluarkan denda kompaun iaitu Syarikat Dayang Tengah binti Awang Damit & Anak-anak, Kampung Subok; Mahamas Sdn. Bhd., Kampung Belimbing Subok; dan Azmalizah Trading Co., Kampung Sungai Tilong yang masing-masing dengan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan didenda kompaun BND500.

 

Sementara Azmalizah Trading Co., Kampung Sungai Tilong, Sahira Jaya Supermarket, Kampung Katimahar dan Rantel Bengkurong Mart, Bengkurong dikenakan kompaun BND500 dan Ya Nur Trading Co. Sdn. Bhd., Lumut dikompaun BND700 masing-masing dengan dengan kesalahan tidak mempamerkan harga pada mana-mana barangan yang dijual.

 

Di samping itu, sebanyak tujuh notis amaran juga telah dikeluarkan atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 termasuk menjual barangan dikawal harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan mempamerkan tanda harga yang tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem bagi beberapa barangan yang dijual di premis perniagaan terbabit hasil dari aduan pengguna yang diterima JPES.

 

Oleh itu, para peniaga diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan dengan mengamalkan perniagaan yang beretika serta mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dalam usaha untuk membangunkan ekosistem perniagaan domestik yang sihat dan berdaya tahan.

 

Dalam kesempatan ini, JPES turut menyarankan kepada para pengguna untuk menggunakan saluran-saluran rasmi yang disediakan bagi menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas berkaitan dengan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak; Talian Darussalam 123; dan e-mel, '[email protected]'.

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 juga boleh diperoleh melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan laman sesawang JPES di 'www.deps.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07