Home > Bahasa Melayu
Pengakap Veteran Eratkan Silaturahim
May 30th, 2023 | 08:12 AM | 46 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih 30 pengakap veteran telah mengadakan Majlis Reunion yang berlangsung di Rasa Ceria Café, Telanai Avenue, baru-baru ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan tahlil bagi ahli-ahli pengakap yang telah kembali kerahmatullah dan bacaan Doa Selamat bagi mereka yang akan menunaikan ibadah Haji bagi tahun ini.
Dalam ucapan ringkasnya Pengerusi Majlis menyatakan perjumpaan kali ini adalah perjumpaan kali ketiga diadakan, kali pertama pada tahun 2020 dan kedua pada tahun lepas.
Matlamat utama perjumpaan ini adalah bagi merapatkan silaturahim antara ahli-ahli pengakap yang tidak lagi begitu aktif dalam kegiatan pengakap, dengan adanya perjumpaan ini dapatlah mereka beramah mesra dan saling tukar pengalaman.
Yang Mulia Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan sumbangan derma kepada Awang Haji Saifulrijal bin Haji Hussin iaitu pengakap veteran yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Majlis juga dimeriahkan dengan beberapa permainan hiburan dan diakhiri dengan bergambar ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]