FacebookInstagramTwitterContact

 

Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>           Have The Wheels Come Off For Tesla?           >>           Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Kecemerlangan Sebagai Suatu Kebiasaan


 


 May 30th, 2023  |  08:17 AM  |   56 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Untuk memberikan pengiktirafan, penghargaan dan dorongan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik khususnya dalam peperiksaan awam peringkat negara agar lebih bersemangat dalam meraih kecemerlangan yang lebih tinggi di masa hadapan adalah antara tujuan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan diadakan.

 

Anugerah ini adalah manifestasi dari sikap pemedulian secara berterusan di pihak Kementerian Pendidikan dalam pendidikan di samping memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan di sepanjang tahun sehingga mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan awam.

 

Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang selaku Pengerusi Bersama Majlis menjelaskan demikian di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kementerian Pendidikan 2022 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan GCE 'A' Level (Peringkat Lanjutan), GCE 'O' Level (Peringkat Biasa) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) telah diadakan petang tadi di Dewan Musyawarrah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Menurutnya, majlis adalah merupakan satu manifestasi kepada pengiktirafan Kementerian Pendidikan kepada pelajar.

 

Di sini katanya, perlulah difahami apakah erti kecemerlangan tersebut, mungkin bagi seorang pelajar kecemerlangan adalah memperolehi keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan.

 

“Akan tetapi kecemerlangan dalam erti kata yang sepenuhnya adalah merangkumi aspek yang lebih luas. Ia melibatkan satu bentuk proses perubahan yang berterusan dan transformasi ke arah yang lebih baik, dan proses ini tidak pernah berakhir.

 

Ia mencerminkan suatu harapan, keinginan, impian atau satu hala tuju yang muktamad bagi diri seseorang pelajar, namun ianya tidak akan pernah berakhir," ujarnya.

 

Beliau seterusnya menekankan kecemerlangan adalah hasil dan terjemahan daripada sikap yang ingin sentiasa untuk melakukan yang terbaik di segenap masa, ruang, tempat dan peringkat.

 

Dari itu tambahnya lagi, para pelajar hendaklah menjadikan kecemerlangan itu sebagai suatu kebiasaan, bukannya hanya sekadar suatu tindakan.

 

Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang pelajar cemerlang bukanlah mudah kerana ia memerlukan usaha dan semangat yang kuat serta sokongan dari orang sekeliling terutama sekali ibu bapa dan keluarga untuk meraih kejayaan yang diimpikan.

 

Pelita Brunei telah berpeluang menemu bual Kon Chai Junho, 17 tahun yang ketika ini menuntut di Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) melahirkan rasa gembira dan berbesar hati kerana telah dianugerahkan 'Top in Brunei of Bahasa Melayu Language' Peringkat GCE 'O' Level.

 

Jelasnya, untuk mencapai semua ini, beliau telah mengikuti kelas tuisyen untuk subjek yang lemah selain menumpukan perhatian sepenuhnya semasa pembelajaran ketika berada di dalam kelas dan memastikan dirinya tidak akan terlepas apa sahaja tips peperiksaan yang diberikan oleh guru.

 

Beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kedua ibu bapanya dan kawan-kawan kerana terus memberi sokongan selama ini, dan untuk para tenaga pengajar yang sentiasa bersabar dan tidak jemu-jemu mendidik para pelajar.

 

“Untuk para pelajar di luar sana, saya ingin berkongsi kata-kata nasihat iaitu jangan terlalu memaksa diri dan lakukan yang terbaik.

 

Jangan lupa untuk menikmati saat-saat di sekolah menengah kerana ia adalah satu kenangan yang terindah," ujarnya.

 

Sementara itu, Dayang Nurul Farahiyah Dania binti Mardianni, 17 tahun yang sebelum ini menuntut di Sekolah Menengah Berakas juga merasa bangga dan bahagia atas pencapaiannya pada hari ini.

 

Beliau tidak menyangka kerana menerima penganugerahan sebagai penerima 'Top in Brunei of Islamic Religious Knowledge' Peringkat GCE 'O' Level, namun dirinya pasti ini adalah titik permulaan untuk melangkah lebih jauh lagi dan mencapai kejayaan serta kecemerlangan di masa hadapan.

 

“Sebelum ini saya juga pernah menerima beberapa anugerah seperti Naib Johan bagi Anugerah BICTA 2022, tempat kelima bagi CIPTA 2021 dan Energy Globe Award - The Most Important Award for Sustainability Worldwide.

 

Mengenai pencapaian saya, ibu bapa dan guru-guru yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting atas kejayaan saya pada hari ini dan untuk meraih semua itu, ia bukanlah satu hal yang mudah.

 

Untuk mencapai semua ini, saya selalu membuat peta minda setiap hari selepas guru agama saya mengajar di dalam kelas dan setiap kerja-kerja yang diberikan akan saya jadikan sebagai 'mini test' untuk melihat sejauh mana yang saya mampu," terangnya.

 

Beliau juga mengongsikan nasihat untuk para pelajar di luar sana agar belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di masa hadapan kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

 

“Kepada mereka yang selalu memberi saya sokongan tambahnya, terutama kepada keluarga dan semua guru-guru, terima kasih atas jasa dan titik peluh tanpa mengenal erti penat dan lelah.

 

“Setiap jasa-jasa mereka tidak akan dapat dibalas dan tanpa mereka, kejayaan pada hari ini tidak akan dapat untuk dicapai dengan cemerlang," tambahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07