FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


16 Mualaf Tamat Kursus Bimbingan Asas Persediaan Haji


 


 May 30th, 2023  |  08:30 AM  |   64 views

PULAIE

 

Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh menasihatkan kepada bakal para jemaah haji mualaf agar merebut peluang keemasan menjadi 'Dhuyufur Rahman' (tetamu allah) dengan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan amal ibadat ketika berada di tanah suci.

 

Menurut Pengarah PDI, para jemaah haji juga perlu ikhlas dalam melaksanakan ibadah dan menjauhkan diri daripada rasa riak, sombong atau bangga kerana terpilih ke Mekah.

 

“Para bakal jemaah haji juga, haruslah perlu memahami bahawa keberangkatan untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah mahupun Madinah bukanlah 'satu percutian' jangka panjang. Sebaliknya ia kesempatan terbaik untuk 'abiskita' 'dilahirkan semula' sebagai hamba-Nya yang bertakwa," ujarnya semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil serta Doa Kesyukuran Kursus Bimbingan Asas Persediaan Haji bagi Mualaf Tahun 1444H / 2023M berlangsung di Dewan Mau'izzah, Bangunan Darul Huda, PDI, hari ini.

 

Beliau seterusnya menasihatkan bakal para jemaah haji mualaf supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan membuat persediaan ketahanan fizikal dan mental mahupun spiritual serta menjaga kesihatan terutama dalam menghadapi cuaca yang agak panas.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh penuntut Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Latihan Industri, Awang Muhammad Najib Safwan bin Awang Mohd. Husaineh.

 

Sementara itu, seramai 16 orang peserta iaitu tiga lelaki dan 13 perempuan yang menyertai Skim Bimbingan tersebut menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah PDI yang juga hadir selaku tetamu kehormat.

 

Para peserta skim merupakan penerima Kurnia Tambang Fardu Haji daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mualaf Tahun 1444H / 2023M.

 

Dikendalikan oleh PDI melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf), kursus bertujuan untuk memberi bimbingan, kefahaman dan tunjuk ajar mengenai 'manasik' haji serta hukum-hakam mengenainya dengan hasrat dapat membantu bakal-bakal jemaah haji mualaf yang terpilih untuk menunaikan ibadat fardu haji dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07