FacebookInstagramTwitterContact

 

Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>           Have The Wheels Come Off For Tesla?           >>           Artwork Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


16 Saudara Baharu Terima Kurnia Tambang Haji


 


 May 30th, 2023  |  08:38 AM  |   285 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 16 saudara baharu (Muallaf) terpilih dan memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan kurnia tambang haji daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi telah mengadakan Majlis Penyerahan Bayaran Pakej Haji kepada Darussalam Holdings Sdn. Bhd. dan Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. dan Penyampaian Wang Saku kepada seramai 16 saudara baharu yang berlangsung di Dewan Multaqa, KHEU, di sini.

 

Majlis ini merupakan usaha yang berterusan pihak kementerian bagi memantapkan lagi keimanan dan penghayatan Islam saudara-saudara baharu, dan seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk menunaikan ibadat haji pada musim haji tahun ini.

 

Majlis Penyerahan Bayaran Pakej dan Penyampaian Agihan Wang Saku ini disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

 

Para penerima dikurniakan tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menurut kadar yang diberikan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan iaitu sebanyak BND4,500.00 tiap-tiap seorang.

 

Tiap-tiap seorang dari mereka juga diberikan sebanyak BND15,100.00 bagi mencukupkan bayaran pakej-pakej yang mereka pilih dan perbelanjaan ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.

 

Tiap-tiap seorang dari mereka juga diberikan wang saku sebanyak BND2,000.00 bagi perbelanjaan persendirian yang mana perbelanjaan ini juga diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.

 

Pemilihan saudara-saudara baharu yang akan menunaikan Fardu Haji ini adalah melalui sesi temu duga dan berdasarkan Garis Pandu mengenainya yang telah disediakan oleh Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis juga turut diserikan dengan tazkirah yang bertajuk 'Penghayatan Ibadah Haji' yang disampaikan oleh Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah (Kaunseling), Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Badaruddin bin Haji Basar.

 

Semoga dengan Kurnia Tambang Haji dan Agihan Zakat daripada peruntukan Asnaf Muallaf ini, akan dapat mengukuhkan lagi iman dan meningkatkan penghayatan ajaran Ugama Islam mereka dengan lebih sempurna.

 

Didoakan juga semoga mereka akan dapat melaksanakan ibadah haji dengan penuh kesabaran dan takwa serta sentiasa di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat haji yang mabrur serta mendapat keampunan daripada oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07