FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Serlah Kredibiliti, Diplomasi Pertahanan Negara


 


 June 1st, 2023  |  07:54 AM  |   62 views

RIMBA

 

Penglibatan Independent Decommissioning Body, Verification, Monitoring and Assistance Team-4 (IDB VMAT-4) Negara Brunei Darussalam (NBD) di Mindanao merupakan satu sumbangan yang penting bukan sahaja kepada penduduk di sana yang menghadapi konflik berdekad lamanya, tetapi juga ia melambangkan komitmen Kerajaan NBD kepada kestabilan serantau Asia Tenggara yang turut menghadapi pelbagai isu geopolitik yang lain.

 

Perkara tersebut dikongsikan oleh 977 Leftenan Komander Muhammad Muizz bin Haji Md. Jaini IDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), semasa ditemu bual Pelita Brunei pada Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-62 di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), di sini.

 

977 Leftenan Komander Muhammad Muizz juga selaku anggota ABDB daripada Kontinjen IDB VMAT-4 bertugas sebagai Verification and Monitoring Assistance Team Leader (VMAT Leader), mewakili Kontinjen IDB VMAT-4 memulakan tugas pada 21 Mac 2022 dan menyerahkan tugas tersebut kepada Kontinjen IDB VMAT-5 pada 30 April 2023.

 

Menurutnya, secara keseluruhan, mandat utama IDB VMAT, yang disertai oleh beberapa buah negara seperti Kingdom of Norway, Republik Turkiye, NBD dan Jepun adalah untuk memastikan bahawa proses 'decommissioning' bagi ahli-ahli Moro Islamic Liberation Front (MILF) berjalan dengan lancar.

 

Tambahnya, ini adalah kesinambungan daripada proses damai di Selatan Filipina di antara Government of the Philippines (GPH) dan pihak MILF.

 

Selain daripada itu katanya, anggota ABDB juga dipertanggungjawabkan untuk bertugas di Secured Arms Storage Area (SASA). GPH serta MILF juga mendukung usaha ini dengan menyumbangkan anggota IDB VMAT masing-masing agar kesemua proses berkenaan dikendalikan dengan penuh kesaksamaan.

 

Misi ini juga terangnya lagi, akan menaiktarafkan imej, kredibiliti serta diplomasi pertahanan negara di mata dunia.

 

Beliau seterusnya menambah, pada dasarnya, kejayaan IDB VMAT-4 ini bergantung kepada semangat kerjasama dan perkongsian objektif di antara semua pihak yang berkepentingan sama ada dalam kalangan agensi dan organisasi tempatan mahupun asing.

 

Ketulusan bekerja IDB VMAT-4 jelasnya, adalah untuk penduduk Republik Filipina amnya dan bagi Mindanao khasnya untuk dapat mencapai keamanan dan kedamaian yang sekian lama diidamkan.

 

“Dari pengalaman saya dari kawasan konflik, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana memberi saya peluang ini untuk mewakili NBD dengan cemerlang.

 

“Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat HUT ABDB yang Ke-62 Tahun," ujarnya lagi.

 

Sementara itu, Pegawai Memerintah Skuadron Pesawat Taktikal Armada, TLDB, Leftenan Komander Shahbillellah Ikhwan bin Haji Ramlee, TLDB semasa ditemui menyarankan agar para belia yang ingin menceburi bidang ketenteraan, sentiasa menanamkan sifat keazaman yang tinggi, gigih untuk terus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi serta memupuk pelbagai nilai kepimpinan yang berkualiti.

 

Ini menurutnya, adalah di antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri belia untuk menjadi seorang tentera yang mempunyai kompetensi kepimpinan, berkemahiran tinggi, berkemampuan untuk menghadapi apa juga cabaran pada masa akan datang.

 

Pada masa yang sama katanya lagi, akan memastikan ABDB akan dapat terus maju untuk menjadi sebuah organisasi moden yang diterajui oleh generasi belia yang inovatif dan berwawasan demi mempertahankan dan mengukuhkan kedaulatan NBD.

 

“Akhirnya, saya ingin mengucapkan Selamat HUT ABDB yang Ke-62 Tahun kepada semua anggota tentera yang berkhidmat di dalam ABDB mahupun anggota yang telah bersara.

 

“Pencapaian dan perkembangan dikecapi oleh ABDB di sepanjang 62 tahun ini adalah hasil usaha gigih dan jasa bakti bersama dan diharapkan semua anggota ABDB akan terus memberikan khidmat bakti serta komitmen tinggi.

 

“Di samping itu, menjadi inspirasi kepada generasi belia untuk memupuk minat untuk menceburi bidang ketenteraan," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08