FacebookInstagramTwitterContact

 

Guirassy, Boniface Dazzle Again; Kudus Signs Off In Style           >>           Al Hilal Hope Neymar Can Return From ACL Injury In September           >>           Human Rights Group Urges FIFA Probe Saudi Pre-World Cup Vote           >>           Ireland, Norway And Spain To Recognise Palestinian State           >>           Baltic Concerns Over Russian Plan To Move Sea Borders           >>           Several Dead In Iowa As Storms Batter Midwest           >>           Generator Fumes Choke Nigeria Students To Death – Reports           >>           Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use           >>           Taylor Swift And Olympics Scams Fuelling Fraud           >>           Inflation Rate Falls To Lowest In Almost Three Years           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Bersosialisasi, Kongsi Ilmu Ketenteraan


 


 June 1st, 2023  |  07:58 AM  |   73 views

RIMBA

 

Penglibatan anggota tentera dari negara-negara sahabat dalam sama-sama memeriahkan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-62 di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), di sini, mencerminkan hubungan profesionalisme dan diplomasi pertahanan yang kukuh lagi erat yang terjalin di antara ABDB dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa khususnya dalam menjaga keamanan dan keselamatan di rantau ini.

 

Dalam temu bual Pelita Brunei bersama beberapa orang anggota tentera dari negara-negara sahabat, rata-rata mereka berasa teruja dan berbangga kerana dapat sama-sama menyertai Pameran Pesawat Tentera masing-masing.

 

Flight Lieutenant Toby Pay dari United Kingdom semasa ditemui menjelaskan bahawa pesawat yang dipamerkan ialah jenis helikopter Puma HC MK2 yang merupakan sebuah helikopter sokongan sederhana (medium support helicopter).

 

Tambahnya, pesawat itu merupakan sebahagian daripada peranan Tentera British di negara ini dalam latihan dan bantuan bagi Medevac (Medical Evacuation) dan Casevac (Causality Evacuation).

 

“Jadi kami menjaga tentera-tentera di seluruh hutan yang sedang menjalani latihan dan mengangkut mereka jika mereka memerlukan bantuan perubatan dan juga hanya menyokong mereka dalam melakukan pengangkutan sederhana. Jadi, gerakkan tentera dan gerakkan kit mengikut keperluan di seluruh hutan," jelasnya lagi.

 

Menyentuh mengenai pameran tersebut, beliau menyatakan, ia sungguh mengagumkan kerana dapat melihat sikap profesional para anggota tentera dalam mempamerkan pameran pesawat dan statik masing-masing.

 

Dalam pada itu, Flight Lieutenant Toby Pay turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas Sambutan HUT ABDB Ke-62 tahun ini.

 

Sementara itu, First Lieutenant Rexy Fikry Fadly dari Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara semasa ditemui berkata, ini merupakan penyertaan beliau buat pertama kali bagi sama-sama memeriahkan lagi HUT ABDB tahun ini.

 

Menurutnya, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik bagi mereka kerana ini merupakan kunjungan kali pertama kali ke Negara Brunei Darussalam.

 

Tambahnya lagi, melalui Pameran Pesawat Tentera itu, anggota tentera dari negara-negara sahabat dapat bersosialisasi, saling bertukar fikiran dan banyak ilmu yang diperoleh.

 

Menyentuh mengenai keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain ke pameran tersebut, First Lieutenant Rexy Fikry Fadly berkata, ia satu penghargaan dan kebanggaan bagi mereka.

 

“Dari Indonesia selamat ulang tahun kepada ABDB. Semoga ke depannya semakin jaya dan sukses selalu," ujarnya lagi.

 

Manakala, Mejar Mohamad Ridhwan bin Yahya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Nombor 8 Squadron TUDM Subang dan Komander Pesawat A400M pula semasa ditemui menzahirkan rasa sangat bangga kerana dapat bersama dengan ABDB untuk acara HUT tahun ini.

 

“Saya harap ABDB terus cemerlang pada masa-masa akan datang. Alhamdulillah, saya sangat bangga dan juga sangat teruja untuk bersemuka dengan Kebawah DYMM dan berharap dapat bergambar dengan baginda," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05