FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Naubat Sempurna Dibuka Semula


 


 June 1st, 2023  |  08:09 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Naubat sempurna dibuka semula berikutan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong pada Jumaat, 12 Mei yang lalu.

 

Majlis Istiadat Membuka Naubat berlangsung di Lapau di sini di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Bacaan Tahlil dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, yang kemudiannya mengetuai bacaan Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis disusuli dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad.

 

Berikutan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar, Naubat ditutup selama 20 hari.

 

Berangkat dan hadir pada majlis berkenaan, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Yang Dimuliakan Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman serta para jemputan.

 

Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar telah kembali ke rahmatullah pada usianya 83 tahun, dilahirkan pada 2 Februari 1940 di Kampung Kianggeh, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan).

 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada 1950, Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Brunei.

 

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan di Pasukan Polis Diraja Brunei dan kali terakhir, Allahyarham menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis dari 1 Januari 1984 hingga 31 Mac 1991.

 

Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Allahyarham diangkat menjadi Cheteria 8 dengan membawa gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara pada 10 Ogos 1972.

 

Kewajipan gelaran 'Pengiran Putera Negara' adalah bertanggungjawab memerhatikan keadaan pendirian dan kejujuran rakyat terhadap sultan dan menyelidiki serta mengkaji masalah mengenai perkara itu untuk disembahkan kepada baginda sebagai nasihat.

 

Jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08