FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Solar PV Project           >>           Special Talk           >>           Hari Raya Aidiladha Celebration           >>           Afternoon Rain           >>           Khatam Al-Quran Ceremony           >>           Stoning of the Devil           >>           Launching Of Brunei Affiliate of the Society of Women Engineers           >>           Book Launching Ceremony           >>           Presentation of Appointment Letters           >>           Various Distribution of Sacrificial Meats           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersama Sumbang Bakti, Tingkat Tahap Kesihatan Masyarakat


 


 June 2nd, 2023  |  11:37 AM  |   91 views

LONDON, UNITED KINGDOM

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menghadiri sesi perjumpaan dan dialog bersama penuntut-penuntut dan pegawai-pegawai di dalam bidang perubatan, pergigian dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional), termasuk yang mengikuti Kursus Kepakaran, berlangsung di London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 lalu.

 

Delegasi daripada Kementerian Kesihatan diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, yang juga disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam (NBD) ke United Kingdom, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr. Awang Ang Swee Hui serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan.

 

Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah pun memberikan ucapan yang antara lain menyentuh mengenai usaha pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mendukung hasrat negara dalam mencapai Wawasan Brunei 2035 dari segi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk NBD melalui perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik.

 

Yang Berhormat turut menyatakan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, juga terus memberikan biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada penuntut-penuntut dan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk mengambil jurusan atau kepakaran dalam bidang perubatan dan kesihatan, termasuk Profesional Kesihatan Bersekutu, sama ada di dalam dan luar negeri.

 

Dari itu, adalah sangat diharapkan penuntut-penuntut berkenaan menunjukkan patriotisme dan kesetiaan kepada negara dan bangsa, selesai menjalani pembelajaran dan latihan akan kembali bertugas di negara untuk menyumbangkan khidmat bakti dengan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien demi meningkatkan tahap kesihatan dan sekali gus kesejahteraan rakyat dan penduduk serta masyarakat di NBD.

 

Pada sesi dialog tersebut, beberapa perkara penting turut dikongsikan mengenai dengan prosedur-prosedur dan proses-proses terkini berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan termasuk penambahbaikan dan pengukuhan di bawah Kementerian Kesihatan.

 

Seterusnya membincangkan mengenai cabaran-cabaran dalam sistem kesihatan pada masa hadapan, laluan kerjaya di bidang kepakaran, peluang-peluang latihan dalam perkhidmatan dan jenis-jenis kepakaran perubatan, pergigian serta Profesional Kesihatan Bersekutu yang sangat diperlukan di NBD.

 

Semasa berada di United Kingdom, Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta rombongan juga turut membuat beberapa lawatan kerja ke inistitusi-institusi perubatan yang terkemuka dengan matlamat untuk mendapatkan peluang bagi meningkatkan kepakaran dalam kalangan pengamal-pengamal perubatan, pergigian serta Profesional Kesihatan Bersekutu tempatan, dalam usaha bagi mengukuhkan lagi sistem kesihatan untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi yang berterusan kepada rakyat dan penduduk di NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29