FacebookInstagramTwitterContact

 

US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           One Of The Biggest Games On Steam Right Now Is… A Clickable Banana           >>           Pakistan And Ireland Await A Damp Finish In Florida           >>           Copa América: Nothing Will Be Easy For Argentina – Messi           >>           Euro 2024: Switzerland Captain Xhaka Plays Down Rift With Coach           >>           Euro 2024: Kroos Speech Calms Germany Before Record Opening Win           >>           Cyclist Mark Cavendish Knighted In King's Birthday Honours           >>           US Sanctions Israeli Group Over Attacks On Gaza Aid           >>           Italy's Meloni Plays Down G7 Abortion Row           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Jiwa Murni Raikan Bakal Jemaah Haji


 


 June 2nd, 2023  |  12:00 PM  |   137 views

BERAKAS

 

Ibadah haji bukanlah suatu perkara yang mudah, justeru setiap jemaah perlu untuk mempersiapkan diri dengan perjalanan menuju takwa dan sentiasa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala untuk berpeluang bagi meningkatkan kerohanian sejak awal lagi, memahami dan menghayati makna haji itu agar haji yang dilaksanakan nanti mencapai haji yang mabrur iaitu tiada balasan lain melainkan syurga.

 

Bakal-bakal jemaah haji juga merupakan umat Islam yang terpilih menjadi jemputan Allah Subhanahu Wata'ala untuk menjadi tetamu istimewa-Nya bagi menunaikan Haji.

 

Perkara itu antara inti pati nasihat dalam tazkirah khas bertajuk 'Lambaian Ilahi' yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama/Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa pada Majlis Jiwa Murni Kementerian Pertahanan dan diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Bagi Bakal-Bakal Haji Kementerian Pertahanan yang diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, di sini.

 

Seramai 11 anggota awam dan 12 anggota tentera dari Kementerian Pertahanan diraikan pada majlis tersebut.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji lelaki ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Manakala sumbangan kepada bakal-bakal jemaah wanita disempurnakan oleh isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.

 

Turut hadir, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan isteri masing-masing serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yaa Siin, diikuti dengan laungan Asmaul Husna.

 

Setelah penyampaian tazkirah, majlis diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Doa Selamat bagi bakal jemaah haji bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal jemaah Haji Kementerian Pertahanan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur.

 

Majlis tahunan ini merupakan satu usaha pemedulian dan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap warga kementerian itu (awam dan tentera) dan ahli keluarga yang bertujuan untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal-bakal haji dikurniakan kesihatan, kekuatan dan juga mendoakan agar mereka mendapat haji yang mabrur.

 

Di samping itu, ia juga dapat meringankan beban dan meningkatkan lagi semangat bakal-bakal haji Kementerian Pertahanan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima dengan penuh ketakwaan dan istiqamah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India Brings Back Bodies Of 45 Workers From Kuwait

 2024-06-15 00:37:12

Mouse Jigglers Pretending To Work Fired By Bank

 2024-06-15 00:19:02