FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Solar PV Project           >>           Special Talk           >>           Hari Raya Aidiladha Celebration           >>           Afternoon Rain           >>           Khatam Al-Quran Ceremony           >>           Stoning of the Devil           >>           Launching Of Brunei Affiliate of the Society of Women Engineers           >>           Book Launching Ceremony           >>           Presentation of Appointment Letters           >>           Various Distribution of Sacrificial Meats           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berbelanja Secara Bijak, Elak Budaya Boros


 


 June 3rd, 2023  |  08:07 AM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perancangan awal sangat penting agar seseorang itu dapat berbelanja secara berhemah dan mengikut kemampuan, di samping mempunyai sistem perancangan pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik dan teratur.

 

Jika pendapatan seseorang itu dapat diuruskan dengan baik, maka kedudukan kewangan pasti akan berada dalam keadaan yang stabil.

 

Kebolehan dalam menguruskan kewangan dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya seseorang itu boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang diingini.

 

Setiap individu perlu mengawal kewangan dengan bijak meskipun tidak mempunyai masalah kewangan kerana cara menggunakan wang pada hari ini akan memberi kesan terhadap cara hidupnya pada masa akan datang.

 

Tambahan pula, terdapat kemungkinan individu itu akan menghadapi masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan seperti mengalami penyakit, kehilangan sumber pendapatan dan kecemasan keluarga yang hanya dapat diselesaikan dengan wang.

 

Cara yang mudah bagi mengurus kewangan dengan berkesan adalah dengan mengikuti langkah-langkah ringkas dan mudah untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan pelajar dan pekerja.

 

Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan membuat simpanan sebanyak 10 peratus daripada pendapatan bulanan, membuat pembayaran penuh jumlah penggunaan kad kredit, menyediakan bajet dan buat perbelanjaan bulanan, menyenaraikan jenis barang sebelum membeli, berbincang dengan pasangan tentang kewangan dan menetapkan matlamat kewangan.

 

Selain itu, membuat catatan perbelanjaan sama ada dengan menggunakan buku catatan atau aplikasi perbelanjaan yang boleh dimuat turun ke telefon pintar, juga dapat membantu seseorang dalam mengurus kewangan dengan berkesan.

 

Dengan adanya perancangan kewangan yang teratur, seseorang itu dapat membekalkan diri dengan persediaan untuk menghadapi masalah mendatang selain perjalanan hidup yang kian mencabar.

 

Di samping itu juga banyak kebaikan dan faedah yang kita peroleh jika kita merancang kewangan sedari awal lagi. Antaranya ialah mereka dapat menguruskan perbelanjaan yang lain dengan lebih berhemah dan teratur.

 

Sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan untuk perbelanjaan kecemasan seperti sakit, kemalangan dan sesuatu yang di luar jangkaan.

 

Selain itu, perancangan kewangan yang teliti juga dapat membuatkan impian dan matlamat kita tercapai.

 

Pengurusan kewangan yang sistematik merupakan amalan yang perlu ada pada setiap diri seseorang kerana wang itu adalah harta yang dimiliki dan harta itu adalah amanah yang Allah kurniakan kepada kita untuk diurus dan tadbir dengan sebaik-baiknya.

 

Dengan wang yang dimiliki itu terkait pelbagai tuntutan ibadah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan seperti nafkah, zakat, sedekah, pelunasan hutang dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29