FacebookInstagramTwitterContact

 

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?           >>           Sean Lowe And Catherine Giudici Warn Bachelor Couples Not To Fall Into This "Trap"           >>           Healing Coach Sarit Shaer Reveals The Self-Care Tool That's More Effective Than Positive Thinking           >>           Could Nearby Stars Have Habitable Exoplanets? NASA's Chandra X-Ray Observatory Hopes To Find Out           >>           US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           One Of The Biggest Games On Steam Right Now Is… A Clickable Banana           >>           Pakistan And Ireland Await A Damp Finish In Florida           >>           Copa América: Nothing Will Be Easy For Argentina – Messi           >>           Euro 2024: Switzerland Captain Xhaka Plays Down Rift With Coach           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Keputusan Tawaran Tertutup TPK Dikeluarkan, 3 Jun


 


 June 3rd, 2023  |  08:12 AM  |   95 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi siri BBE melalui '1-Week Bid' akan diumumkan melalui laman sesawang JPD di 'www. jpd.gov.bn' dan juga 'www.nomborku.gov.bn' pada Sabtu, 3 Jun 2023.

 

Sukacita dimaklumkan semua penender yang telah mengikuti Tawaran Tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima e-mel mengenai keputusan tawaran tersebut melalui e-mel yang telah didaftarkan bersama pihak jabatan ini.

 

Penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat pendaftaran kenderaan seperti berikut iaitu pertama, penender yang berjaya adalah dikehendaki menjelaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK di atas nama penender sendiri tidak lewat satu bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan.

 

Jika penender gagal untuk melunaskan pembayaran dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat berjaya dikeluarkan, tawaran TPK penender adalah dibatalkan.

 

Kedua, permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat tawaran berjaya dikeluarkan sepertimana yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya. 

 

Ketiga, setelah pembayaran berjaya dibuat, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK, penahanan TPK bolehlah dibuat dengan jumlah bayaran penahanan sebanyak BND20 bagi tempoh setiap satu tahun penahanan.

 

Tempoh minima bagi penahanan adalah satu tahun dan maksima 10 tahun mengikut jangka masa yang dipilih bagi setiap TPK manakala yang keempat, pembayaran TPK berjaya dan penahanan TPK boleh dilaksanakan melalui dalam talian atau di mana-mana kaunter cawangan JPD.

 

Seterusnya, kelima, jika penender ingin menyerahkan TPK berkenaan, persyaratan perkhidmatan serah adalah seperti berikut iaitu penender dikehendaki membuat bayaran perkhidmatan serah berjumlah BND5; TPK hanya boleh diserahkan selepas tempoh 12 bulan dari tarikh surat berjaya dan TPK boleh diserahkan kurang daripada 12 bulan dari tarikh surat berjaya dengan syarat TPK berkenaan telah digunakan (didaftarkan) atas nama pemilik TPK.

 

Akhir sekali, keenam, penender yang gagal untuk membayar harga tawaran TPK yang ditawarkan akan disenaraihitamkan dari menyertai tawaran tertutup bagi tempoh satu tahun dan TPK berkenaan akan ditawarkan semula.

 

JPD sukacita ingin mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

 

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian +673 2451990 / 91, WhatsApp +6737181641 atau melalui e-mel '[email protected]'. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang 'www.jpd.gov.bn' dan Instagram '@jpd.bn' bagi maklumat lanjut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?

 2024-06-16 02:13:34

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27