FacebookInstagramTwitterContact

 

Try “exercise snacks” (vigorous bouts of stairclimbing) to boost heart health, advise researchers           >>           Looking To Improve Your Blood Sugar And Cholesterol Levels? Try Taking Tamarind Seed           >>           Food Storage: How To Keep Fruits And Vegetables Fresh Without A Refrigerator           >>           Dragon Boat Races Music Video Blends Chinese And Western Music, Celebrating Guangdong's Cultural Heritage           >>           Eating Cruciferous Greens Helps Your Immune System Fight Off Intestinal Pathogens           >>           Athletes Who Want To Improve Their Performance Should Try Supplementing With Saffron           >>           Low-Impact Aerobic Exercise Can Rehabilitate Your Spine And Alleviate Your Pain           >>           Boy, 9, Finds World's Longest Chip In Bag Of Frozen Mccain Fries           >>           Australian Woman Travels 24 Hours To Try Viral British Jacket Potato With Baked Beans           >>           Scheana Shay Has A Prediction About Vanderpump Rules' Future Amid Hiatus           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tekun, Kreatif, Produktif Untuk Kemajuan


 


 June 3rd, 2023  |  08:15 AM  |   113 views

JORDAN

 

Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Penuntut Negara Brunei Darussalam yang berada di Kerajaan Hasyimiah Jordan merupakan satu detik keemasan yang perlu diambil oleh kesemua rakyat yang berada di luar negara kerana ia merupakan satu detik yang berharga dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan adanya majlis seumpama ini, ia antara lain, memberikan peluang keemasan kepada mereka untuk berjunjung ziarah di samping mengongsikan perkembangan pengajian masing-masing ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

“Perasaan saya sangat teruja dan berbesar hati ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas keberangkatan baginda ke majlis ini, justeru, mencerminkan akan keprihatinan dan sikap pemedulian baginda terhadap rakyat di mana sahaja mereka berada," ujar Yang Di-Pertua Persatuan Pelajar Negara Brunei Darussalam di Jordan, Awang Muhammad Hisyamuddin bin Haji Mahadini ketika ditemui media pada majlis tersebut.

 

Ketika ditanya mengenai cabaran utama semasa melanjutkan pengajian di negara tersebut, mahasiswa dalam jurusan Tahfiz Qiraat, Usuluddin tersebut seterusnya menjelaskan bahawa cabaran utama adalah dari segi menyesuaikan diri apatah lagi di sebuah negeri Arab khususnya dalam menjalani kehidupan seharian.

 

“Namun perkara tersebut dapat diatasi dengan pergaulan dan memperbanyakkan pertanyaan yang sering diajukan kepada orang-orang Arab," jelasnya lagi.

 

“InsyaaAllah, saya akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu khususnya Ilmu Qiraat di Negara Brunei Darussalam agar ia dapat diketahui oleh setiap lapisan masyarakat," ujarnya lagi mengakhiri temu bual bersama media.

 

Manakala bagi Awang Afiq Jazimin bin Emran yang mengikuti jurusan dalam Kuliah Syariah, Program Usuluddin Tafsir Hadith mengongsikan bahawa peluang bersua muka dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah satu kenangan yang berharga dan manis.

 

“Saya bersyukur kepada Allah, atas keprihatinan Kebawah DYMM terhadap pelajar-pelajar yang berada di sini, ia setentunya, kenangan yang tidak akan mudah dilupakan," ujarnya lagi.

 

Semasa ditemui media, Awang Afiq Jazimin seterusnya mengongsikan pengalamannya di mana sebagai seorang pelajar di bawah biasiswa kerajaan di Jordan, cabaran yang perlu dihadapi adalah menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan universiti di mana sistem pendidikan di negara tersebut amat berbeza dari sudut pembelajaran dan imtihan.

 

“Namun dengan penetapan silibus yang banyak di universiti, saya cenderung menggunakan teknik menelaah pembelajaran sebelum muhadarah dan mengulangnya kembali selepas muhadarah," ujarnya lagi kepada media.

 

Seterusnya, media juga berpeluang untuk bertemu dengan Dayang Ayu Nadheerah binti Minen iaitu seorang mahasiswi dalam Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah dan Dakwah).

 

“Alhamdulillah thumma Alhamdulillah atas rezeki dan peluang untuk menyambung pengajian selama dua tahun di Irbid, Jordan di bawah Biasiswa Kerajaan Kebawah DYMM. Tidak saya nafikan bahawa dua semester di sini bukanlah satu perjalanan yang mudah, terutama sekali bila perlu berjauhan dari keluarga, maka di sini teman-teman seperjuanganlah yang menjadi keluarga kami serta pembangkit semangat sesama kami dalam mengharungi dua semester di sini.

 

“Selain itu, sistem pembelajaran yang agak berbeza serta bahasa penghantar yang merupakan bahasa Arab secara penuh, persekitaran serta budaya yang baharu turut menjadi cabaran untuk kami di sini. Namun sedemikian, saya percaya bahawa cabaran-cabaran ini yang menjadikan kami lebih kuat dan bersemangat dalam usaha kami menuntut ilmu di mana pun kami berada.

 

“Adapun saranan saya kepada kawan-kawan di luar sana yang ingin melanjutkan pembelajaran di sini, kita sebagai penuntut jangan pernah berasa malu lebih-lebih lagi untuk berkomunikasi dan bertanya pada guru apabila ada kemusykilan serta membiasakan untuk mengulang kaji berkumpulan bersama kawan-kawan di sini.

 

“Malah yang paling utama adalah untuk memperbetulkan niat belajar dan menuntut ilmu kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan bukan hanya demi sekeping kertas ijazah sarjana semata-mata," ujarnya kepada media.

 

Dayang Ayu Nadheerah seterusnya menjelaskan bahawa setelah menamatkan pengajian nanti, beliau berharap akan dapat berkhidmat di sektor kerajaan dan bersedia untuk mengongsikan segala pengetahuan saya agar dapat memberi manfaat untuk masyarakat amnya.

 

“Adapun sebagai rancangan sandaran, saya berencana untuk berkhidmat dengan organisasi yang bertujuan untuk memotivasi para belia agar para belia lebih tekun, kreatif dan produktif sehingga menjurus kepada kemajuan negara," ujarnya lagi.

 

Tatkala mengongsikan akan perasaan mengenai majlis yang diadakan, beliau berasa amat bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang adil dan prihatin terhadap rakyatnya bukan sahaja di dalam negara bahkan juga rakyatnya yang sedang bermastautin di luar negara. Majlis ramah mesra, tambahnya lagi, sudah semestinya akan menjadi salah satu kenangan manis di bumi Jordan yang akan diimbau kembali di kemudian hari.

 

Bagi Dayang Mardhiah binti Rozalan yang mengikuti jurusan Syariah Fiqh dan Usuluddin juga turut mengongsikan bahawa UNISSA menawarkan pendidikan berkualiti dengan memberi peluang kepada pensyarah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan latar belakang untuk berkongsi pengetahuan mereka.

 

“Walaupun begitu, UNISSA sebagai universiti yang berprestij masih mengadakan majlis ilmu seperrti himpunan Talaqqi di Surau Syafiee untuk menghidupkan cara pengajian ahli ulama terdahulu. Ini memberikan kami sebagai pelajar untuk mengalami cara ulama belajar dahulu dan pada waktu yang sama meluaskan fikiran kami dalam bidanag syariah islamiah yang bersifat dinamik," tambahnya lagi.

 

“Antara pengalaman manis saya apabila dilantik sebagai Ketua Exco bagi Unit Hal Ehwal Antarabangsa bawah MPP UNISSA. Di mana UNISSA memberikan pelajar antarabangsa satu platform untuk menyuarakan suara serta idea idea untuk bersama menjayakan UNISSA sebagai satu institusi yang diiktirafkan standard antarabangsa.

 

“Antara majlis yang didirikan adalah International Day pada tahun 2022 di mana ia dijayakan seramai 100 pelajar antarabangsa bersama. Kami sebagai pelajar amat hargai inisiatif UNISSA untuk menjadi satu tempat di mana jati diri kami tidak dilupakan dan kami telah melukiskan kenangan manis bersama sama dengan pelajar tempatan juga," ujarnya mengakhiri temu bual bersama media.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Races To Clean Up Beaches After Oil Spill

 2024-06-18 02:00:52

Green Energy Plan 'Won't Benefit' Welsh Valley Residents

 2024-06-18 02:40:47