Home > Bahasa Melayu
Berangkat Ke Majlis Resepsi, Santap Malam
June 3rd, 2023 | 08:21 AM | 202 views
JORDAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Resepsi dan Santap Malam sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi His Royal Highness Prince Al Hussein bin Abdullah II, Putera Mahkota Jordan dengan Miss Rajwa Khalid Alseif yang berlangsung pada sebelah malam ini, di Istana Al-Husseinieh.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Semasa Majlis Resepsi berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkesempatan beramah mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II ibn Al Hussein, Raja Jordan dan Her Majesty Queen Rania Al Abdullah, Permaisuri Jordan serta His Royal Highness Prince Al Hussein, Putera Mahkota Jordan dengan Miss Rajwa Khalid Alseif.
Selepas Majlis Resepsi berkenaan, Kebawah DYMM kemudiannya dijunjung berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bersama para tetamu khas yang lain termasuk daripada ahli-ahli kerabat diraja serta para pemimpin dari luar negara.
Kebawah DYMM seterusnya juga akan menghadiri satu Majlis Resepsi dan Santap Malam yang lain pada hari esok.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]