Home > Bahasa Melayu
KSSUP Zahir Penghargaan, Sumbangan Bakti 110 Pesara
June 4th, 2023 | 07:49 AM |
77 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) pagi tadi mengadakan Majlis Penghargaan Pesara-pesara KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2020 dan 2021 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, tazkirah serta diikuti dengan Doa Selamat.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seterusnya berkesudian menyampaikan sijil perkhidmatan dan cenderamata kepada para pesara KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Pada tahun 2020 dan 2021, seramai 110 pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya telah bersara.
Majlis seumpamanya diadakan antara lain bertujuan untuk meraikan para pesara dan sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan sumbangan bakti mereka sepanjang berkhidmat di kementerian ini serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]