FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Libatkan Belia Dalam Aktiviti Kesukarelawanan


 


 June 10th, 2023  |  11:01 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penglibatan golongan belia dalam kesukarelawanan dan usaha ke arah menggalakkan ekonomi biru dan pengurusan lautan adalah penting dalam membina masa depan yang mampan.

 

Belia mewakili generasi masa depan dan akan mewarisi kesan daripada cabaran alam sekitar dan sosial yang berlaku pada masa ini.

 

Oleh itu, dengan melibatkan diri dalam kesukarelawan dan usaha kemapanan, mereka boleh menyumbang untuk membentuk masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan generasi akan datang.

 

Perkara berkenaan diketengahkan oleh penceramah panel pada forum anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini sebagai sebahagian daripada 'Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy Symposium 2023' yang diadakan dari 6 hingga 8 Jun 2023 oleh Jabatan Perikanan sempena Hari Lautan Sedunia.

 

Forum yang bertajuk Young Environmental Leaders Forum' disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Luke Arnold; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PONI, Mohd. Tahsin Wong Abdullah; Presiden dan Pengasas Beach Bunch, Rizan Latif; Ahli Eksekutif BruWILD, Noorlela Yassin; Pengasas Future Ocean Borneo PLT, Iqbal Abdullah; dan Sekretariat dan Pengurus Projek Reef Check untuk pemulihan karang, Frederick Chong.

 

Penceramah menekankan bahawa sesiapa sahaja, terutamanya belia, boleh membantu mewujudkan ekonomi biru yang lebih mampan dengan terlibat dan mengambil tindakan sama ada menjadi sukarelawan, melibatkan penggubal dasar dan komuniti atau membeli barangan mesra alam dan mengurangkan penggunaan plastik.

 

Penceramah juga turut menekankan bahawa pendidikan dan kesedaran adalah sangat penting dan kesukarelawan boleh menjadi kunci untuk mencapai matlamat berkenaan kerana mereka yang terlibat akan belajar dan menyaksikan sendiri keadaan alam sekitar.

 

"Misi utama Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak meninggalkan sesiapa pun dan ini juga melibatkan keperluan dan kepentingan belia di mana-mana di dunia.

 

"Belia lebih cenderung untuk menerima pakai teknologi dan teknik baharu justeru mereka boleh menjadi pemangkin pembangunan mampan terutamanya dalam usaha memaksimumkan ekonomi dan faedah sosial sambil meminimumkan kemerosotan alam sekitar daripada mana-mana sektor perindustrian," kata Pengasas Future Ocean Borneo dan Duta Besar Alam Sekitar Hijau Bandaraya Miri, Iqbal Abdollah.

 

Tambahnya, belia bukan sahaja dilihat sebagai peserta dan rakan usaha sama tetapi juga sebagai rakan strategik.

 

"Pendidikan marin adalah sebahagian daripada pemuliharaan dan menjadi rakan kongsi strategik kepada mana-mana masyarakat lain atau kerja sukarela dalam pemuliharaan marin.

 

"Mereka boleh membuktikan sebagai bantuan berharga untuk memupuk anak muda lain yang mempunyai kemahiran, peralatan dan perspektif yang diperlukan," ujar Iqbal lagi.

 

Beliau seterusnya berkata memandangkan belia mewakili masa depan sesebuah negara, adalah penting bagi NBD melibatkan belia dalam aktiviti yang berkaitan dengan menggalakkan ekonomi biru dan pengurusan sumber marin.

 

"Merekalah yang akan menerajui ekonomi Brunei kerana mereka juga duta mereka sendiri.

 

"Orang muda memimpin orang muda. Golongan muda sememangnya merupakan sumber terbesar kami yang belum diterokai untuk memajukan agenda marin tempatan dan global.

 

"Golongan belia lebih menyerap ilmu dan teknologi baharu serta membentuk majoriti pengguna dalam platform media sosial. Mereka menghasilkan banyak penyelesaian kreatif untuk cabaran terbesar dunia.

 

"Malah sebahagian daripada belia memulakan perusahaan sosial seperti kami Future Ocean Borneo LLP (Perusahaan Sosial bertauliah di Malaysia) dalam meningkatkan hubungan antara belia dan pihak berkepentingan yang berkaitan," jelasnya lagi.

 

Sementara itu, Frederick Chong berkata belia adalah penentu trend yang hebat dalam era ini.

 

Dorong belia terlibat dalam program yang menyediakan sebagai platform pembelajaran tetapi juga membolehkan mereka bekerja mengikut kemampuan mereka.

 

Contoh tambahnya lagi, program sehari yang membolehkan mereka merasai pengalaman menjadi nelayan, atau mengambil bahagian dalam aktiviti pemulihan karang dan ini akan membolehkan mereka memahami dengan lebih baik cara ekonomi biru membantu dan memberi manfaat kepada negara.

 

Beliau seterusnya berkata belia harus melihat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kumpulan mentor yang boleh memberi peranan dan tanggungjawab belia untuk membina kemahiran kepimpinan, operasi dan sosial mereka.

 

"Apabila belia menemui minat mereka sendiri terhadap sesuatu tujuan, mereka akan mahu belajar lebih lanjut. NGO boleh menyediakan platform dan peranan seperti jurucakap, juruukur, penganalisis data, media sosial atau ketua pasukan.

 

"Semua peranan ini bukan sahaja akan membantu ekonomi biru dan mengekalkan matlamat NGO ini ke arah pengurusan lautan tetapi juga membina dan membangunkan keperibadian belia yang berkualiti," katanya.

 

Beliau turut menambah bahawa masa depan setiap negara banyak bergantung kepada setiap generasi belia.

 

"Kami sentiasa memerlukan seseorang untuk belajar dan menjadi peneraju seterusnya untuk menerajui pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara termasuk dalam pengurusan lautan yang sering diabaikan.

 

"Penglibatan belia dalam inisiatif pembangunan mampan akan merekayasa semula pemikiran mereka ke arah pendekatan yang mampan," ujarnya.

 

Mencapai keseimbangan antara membangun dan mengembangkan ekonomi melalui sumber marin dan mengekalkan persekitaran yang sihat adalah penting dan ini memerlukan penglibatan pihak kerajaan, pertubuhan korporat, NGO, perusahaan sosial dan orang ramai untuk berganding bahu untuk mencapai matlamat bersama-sama.

 

BIBD baru-baru ini mengumumkan pelancaran Anugerah Pemimpin Kelestarian BIBD untuk mengiktiraf dan meraikan usaha belia di NBD ke arah membina masa depan yang lebih mampan.

 

Sebagai yang pertama seumpamanya di negara ini, Anugerah Kelestarian BIBD bertujuan untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengambil langkah berani ke arah menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi, menempa laluan ke arah masyarakat yang lebih mampan dan berdaya tahan.

 

BIBD menyatakan kepercayaannya dalam memupuk dan memperkasakan generasi akan datang kerana BIBD memahami peranan kritikal yang boleh dimainkan oleh belia dalam membentuk masa depan, terutamanya ke arah memajukan Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs).

 

Pelaksanaan anugerah berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen BIBD sebanyak BND2 bilion ke arah pembiayaan kemapanan di bawah Rangka Kerja Kelestarian BIBD dan usaha berterusan ke arah mencapai UNSDGs.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07