FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penipuan Gunakan Nama, Logo BDCB


 


 June 10th, 2023  |  11:15 AM  |   52 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) menerima maklumat mengenai beberapa penipuan kewangan yang menggunakan nama dan logo BDCB sebelum ini, iaitu Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

 

BDCB menerima aduan mengenai orang ramai yang dihubungi oleh individu-individu yang menyamar sebagai kakitangan BDCB melalui panggilan telefon, Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), atau aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram.

 

Individu berkenaan bertujuan untuk mendapatkan butiran peribadi dan perbankan dengan niat untuk mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa untuk mencuri daripada mereka.

 

Sesetengah penipuan kewangan juga menggunakan nama dan logo BDCB untuk mendakwa bahawa terdapat yuran atau caj yang perlu dibayar.

 

BDCB tidak akan menghubungi orang ramai untuk meminta maklumat peribadi atau perbankan, atau untuk pembayaran, sama ada melalui telefon ataupun SMS.

 

Orang ramai disarankan untuk sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon atau SMS daripada nombor-nombor yang tidak dikenali, sama ada tempatan atau antarabangsa, terutamanya sekali jika tidak ada jangkaan atau perjanjian untuk dihubungi.

 

BDCB menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila menerima panggilan atau SMS daripada nombor yang tidak dikenali; jangan mengongsikan maklumat peribadi, terutamanya maklumat berkaitan dengan urusan perbankan kepada individu / organisasi / entiti yang tidak dikenali tanpa pengesahan. Ini termasuk butiran pengenalan diri (seperti nombor Kad Pengenalan atau / dan pasport, butiran ATM, kad kredit dan debit termasuk nombor-nombor PIN dan CVC/CVV, dan nama pengguna atau kata laluan dalam talian (online usernames or passwords).

 

Selain itu, jangan memindah atau mengirim wang kepada individu / organisasi / entiti yang tidak dikenali, sama ada di dalam atau ke luar negara.

 

BDCB ingin menegaskan bahawa sesiapa yang menggunakan nama atau logo BDCB tanpa kebenaran bertulis atau menggunakan nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB yang serupa atau menyerupai nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB untuk memperdaya / menipu atau menyebabkan kekeliruan atau berkemungkinan untuk memperdaya / menipu atau menyebabkan kekeliruan merupakan kesalahan di bawah Bab 74A Perintah BDCB, 2010.

 

Jika disabit kesalahan, hukuman denda tidak melebihi BND20,000, penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali boleh dijatuhkan.

 

Jika menerima bahan komunikasi berkaitan BDCB yang disyaki palsu, orang ramai bolehlah mendapatkan pengesahan dengan menghubungi BDCB melalui talian +673 8318388 atau e-mel '[email protected]'.

 

BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam (NBD) dan mengutamakan perlindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan di NBD.

 

BDCB juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di NBD.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07