FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB


 


 June 10th, 2023  |  11:18 AM  |   56 views

BERAKAS GARISON

 

Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang baharu, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman menegaskan, tiga panduan asas, iaitu Satria, Setia dan Sedia, yang akan dapat menjana dan meningkatkan semangat kesatriaan, kesetiaan dan kesiapsiagaan kepada setiap anggota dalam memastikan TDDB akan dapat melaksanakan peranan dan tugasnya dengan berkesan sebagai satu organisasi yang bersatu padu, kredibel dan adaptif dalam sama-sama menjaga keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam.

 

Perkara demikian dijelaskan semasa Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB di antara Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif dan Pemerintah TDDB yang baharu, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman berlangsung di Padang Kawad, Batalion Pertama TDDB, Garison Berakas, pagi tadi.

 

Terdahulu sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota TDDB di bawah perintah Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB, Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad.

 

Dalam ucapan mantan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal menekankan bahawa tugas dan tanggungjawab semua anggota TDDB adalah penting dalam peranan pertahanan negara.

 

"Sewajarnya semua anggota TDDB yang memikul tanggungjawab ini mempunyai ketaatan dan semangat kepimpinan yang mampan, kesiapsiagaan yang mantap, dan kekuatan rohani yang kuat untuk memacu TDDB ke arah kejayaan menegakkan kedaulatan raja, agama dan negara," tambahnya.

 

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB dan penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB daripada mantan Pemerintah TDDB dan Pemerintah TDDB yang baharu, melambangkan penyerahan rasmi tugas sebagai Pemerintah TDDB.

 

Bagi memberkati upacara, bacaan Doa Selamat dan Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Leftenan Shaikh Shahrul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT).

 

Majlis kemudian beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison dan diakhiri dengan Doa Penutup, sesi bergambar ramai dan penandatanganan lembaran kenangan.

 

Turut hadir di upacara berkenaan, Timbalan Pemerintah TDDB, para pegawai kanan dan para pegawai TDDB serta Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07