FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berganding Bahu Mencegah Jerebu Rentas Sempadan


 


 June 10th, 2023  |  11:20 AM  |   169 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Ke-24 Jawatankuasa Pandu Menteri-Menteri Sub-Serantau Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC Ke-24) diadakan pada 8 Jun 2023 di Republik Singapura.

 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh menteri-menteri, pegawai dan/atau wakil yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu, dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand serta Timbalan Ketua Setiausaha Sekretariat ASEAN, dan dipengerusikan oleh Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu.

 

Mesyuarat Ke-24 Kumpulan Kerja Teknikal Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (TWG) diadakan sebelum Mesyuarat MSC ini.

 

Perwakilan dari Negara Brunei Darussalam dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak, dan pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan.

 

Mesyuarat mengambil maklum mengenai maklumat keadaan cuaca dan asap jerebu yang dibentangkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), di mana keadaan titik panas dan asap jerebu pada Januari hingga Mei adalah 16 peratus (%) lebih rendah berbanding tahun lepas pada bulan Januari hingga Mei 2022 bagi rantau ASEAN Selatan.

 

Berdasarkan model iklim semasa, ASMC meramalkan sebanyak 70 - 80% peluang keadaan El Nino akan berlaku mulai bulan Jun sehingga September 2023, manakala, Dipole Lautan India positif (positive Indian Ocean Dipole) dijangka berlaku mulai bulan Jun hingga Julai 2023.

 

Kedua-dua fenomena iklim ini diramal akan mengakibatkan turunan hujan di bawah tahap normal bagi sebahagian negara di rantau ASEAN Selatan.

 

Amaran Tahap 1 juga telah dikeluarkan untuk rantau ASEAN Selatan pada 29 Mei 2023, menandakan permulaan musim kemarau.

 

Yang Berhormat Menteri Pembangunan memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam mengalami cuaca pada keseluruhannya baik. Keadaan yang berangin dan hujan-hujan telah mengurangkan kesan kejadian jerebu di negara ini.

 

Walau bagaimanapun, dengan ramalan cuaca panas dan kering yang berpotensi terjadi pada bulan-bulan yang akan datang, dan adanya kejadian El Nino tahun ini, beliau menggesa semua negara-negara MSC untuk terus bekerjasama rapat dan mengukuhkan lagi kerjasama serantau ke arah pencegahan pencemaran jerebu.

 

Mesyuarat seterusnya mengambil maklum mengenai usaha ASMC yang berterusan dalam meningkatkan produk dan perkhidmatan dari segi keupayaan teknikal seperti 'remote sensing', 'dispersion modelling', ramalan musim dan sub-musim, model perubahan iklim, yang boleh membantu memantau kebakaran / jerebu, penilaian dan amaran awal serta ramalan cuaca dan iklim di rantau ASEAN.

 

Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai usaha ASMC bagi program pembinaan keupayaan serantau yang dilanjutkan hingga tahun 2027. AMSC juga telah mengadakan beberapa program latihan untuk peserta-peserta dari Myanmar dan Lao PDR pada bulan Mac hingga April 2023.

 

Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai maklumat yang dibentangkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengenai penambahbaikan Sistem Risiko Bahaya Kebakaran Asia Tenggara (SEA FDRS) yang terdiri daripada tiga elemen iaitu peningkatan jumlah stesen cuaca daripada 264 kepada 459;  melaksanakan kod risiko bahaya kebakaran untuk rantau ASEAN utara (Indeks Cuaca Kebakaran (FWI) dan Kod Kandungan Kelembapan Bahan Bakar Halus (FFMC); dan simulasi ramalan 7 hari.

 

Di samping itu, mesyuarat juga mengambil maklum bahawa penambahbaikan bermula dari 2021 hingga 2022 dan elemen baharu FDRS telah mula beroperasi mulai 13 Januari 2023, selain turut mengambil maklum mengenai pengesahan data FWI yang menunjukkan produk ramalan FDRS 7 hari boleh dipercayai (reliable) dan teguh (robust) untuk digunakan oleh ahli negara ASEAN.

 

Dalam pada itu, mesyuarat juga menyokong inisiatif MET Malaysia dan akan meneruskan kerjasama dan menggalakkan penggunaan penambahbaikan SEA FDRS tersebut.

 

Mesyuarat mengambil maklum bahawa musim kemarau tahun ini mungkin lebih lama dan panas berbanding dengan tiga tahun lepas semasa berada di fenomena La Nina, risiko peningkatan titik panas dan kejadian jerebu asap rentas sempadan berada di tahap yang sangat tinggi berbanding pada 2019.

 

Justeru, Negara-negara MSC berikrar untuk terus berwaspada dan mempergiatkan pemantauan kebakaran dan usaha pencegahan jerebu untuk mengurangkan kejadian jerebu asap rentas sempadan semasa musim kering, selain turut mengesahkan kesediaan mereka untuk memberikan bantuan seperti penggunaan sumber teknikal untuk bantuan memadam kebakaran dalam situasi kecemasan, jika diperlukan, dan berkolaborasi di antara negara-negara MSC dengan kerjasama dan penyelarasan yang kukuh bagi mengurangkan kebakaran tanah dan hutan.

 

Mesyuarat juga mengiktiraf kesan perubahan iklim, seperti peningkatan kekerapan keadaan kemarau dan kejadian cuaca ekstrem, serta bersetuju untuk menambah baik dan mengukuhkan kewaspadaan dan mengambil langkah pencegahan dan prosedur pemadaman kebakaran serta-merta untuk mengurangkan kebakaran tanah dan hutan serta kejadian jerebu rentas sempadan semasa tempoh cuaca kering.

 

Dalam pada itu, mesyuarat mengambil maklum dan menghargai pelbagai inisiatif dan tindakan oleh negara MSC dan kemajuan besar dalam pelaksanaan Kajian Strategik Program dan Aktiviti Jawatankuasa Pandu Menteri-menteri Rantau ASEAN Selatan (Strategic Review of the Sub-Regional Ministerial Steering Committee) iaitu: meningkatkan pengurusan mengawal jerebu  melalui amaran awal / pemantauan dan pencegahan kebakaran; membina keupayaan mengenai pemadaman kebakaran di peringkat tempatan, kebangsaan dan serantau; kerjasama dua hala selaras dengan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP); dan meningkatkan keupayaan negara-negara ASEAN di bawah Rangkaian Latihan Jerebu Serantau.

 

Mesyuarat juga menekankan usaha pusat-pusat ASEAN dan agensi berkaitan dalam penyediaan data dan maklumat kebakaran hutan untuk ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN, selain turut mengambil maklum mengenai usaha ASEAN untuk meningkatkan persediaan dan pengurangan risiko kebakaran hutan dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kalangan masyarakat tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

 

Turut ditekankan dalam mesyuarat tersebut komitmen ke arah pelaksanaan penuh dan berkesan terhadap Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan mengharap Pelan Hala Tuju Tanpa Jerebu 2023-2030 akan mencapai kejayaan dan Strategi Pengurusan Tanah Gambut (APMS) 2023 - 2030 yang baru akan dapat memperkukuhkan dan menangani secara menyeluruh punca pencemaran jerebu rentas sempadan secara mampan.

 

Mesyuarat juga mengharap Rangka Kerja Pelaburan untuk Pengurusan Tanah Mampan Tanpa Jerebu di Asia Tenggara akan dapat disiapkan bagi mengutamakan tindakan pengurangan jerebu dan terdapat aliran dana yang konsisten dan berpotensi bagi pembangunan projek bersama dengan ahli-ahli negara ASEAN dan pihak berkepentingan yang lain.

 

Juga ditekankan perlunya untuk menyelesaikan Establishment Agreement mengenai penubuhan Pusat Penyelaras ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (ACC THPC) di Indonesia, dan menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian dengan negara tuan rumah untuk persetujuan mengikut masa yang ditetapkan.

 

Di samping itu, mesyuarat juga menggesa penubuhan dan pengoperasian ACC THPC perlu dilaksanakan dengan secepatnya supaya memudahkan perlaksanaan semua aspek AATHP dengan cepat dan berkesan.

 

Mesyuarat menyatakan penghargaan kepada rakan kongsi luar ASEAN mengenai kerjasama dan sokongan bagi mempromosikan pengurusan tanah gambut yang mampan di rantau ASEAN dan kemajuan pelaksanaan program / projek; Penggunaan Mampan Tanah Gambut dan mitigasi jerebu di ASEAN (SUPA) dan Tindakan Terukur Ke Arah Bebas Jerebu bagi Pengurusan Tanah Secara Mampan di Asia Tenggara (MAHFSA).

 

Mesyuarat juga menekankan keperluan perkongsian yang berterusan dengan Rakan Kongsi ASEAN dan pihak luar lain untuk memudahkan pencegahan, pemantauan, kesediaan dan tindak balas yang lebih baik terhadap tanah dan / atau kebakaran hutan melalui rangka kerja kerjasama tempatan, nasional dan serantau yang kukuh.

 

Juga diambil maklum bahawa Mesyuarat Ke-18 Persidangan Pihak-pihak kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (COP-18) akan diadakan pada Ogos 2023 di Lao PDR.

 

Mesyuarat merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Singapura kerana menjadi Tuan Rumah kepada Mesyuarat MSC Ke-24, dan mengambil maklum bahawa mesyuarat MSC Ke-25 akan diadakan di Thailand pada 2024.​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07