FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IHP April 2023 Catat Penurunan Sebanyak 0.5 Peratus


 


 June 11th, 2023  |  12:08 PM  |   59 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April 2023  menunjukkan penurunan bulan-ke-bulan sebanyak 0.5 peratus (%) berbanding dengan bulan Mac 2023 disebabkan oleh penurunan harga makanan dan minuman ringan; dan harga bukan makanan masing-masing sebanyak 0.7 % dan 0.4 %.

 

Penurunan bulan-ke-bulan bagi harga makanan dan minuman ringan adalah disumbangkan oleh sayur-sayuran (4.0 %); ikan dan makanan laut (1.2 %); dan daging (0.4 %).

 

Manakala, penurunan harga bukan makanan adalah disumbangkan oleh pakaian dan kasut (11.3 %); perhiasan, peralatan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (1.1 %); dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.9 %).

 

 Bagi perubahan tahun-ke-tahun, IHP meningkat sebanyak 0.2 % berbanding dengan bulan April 2022.

 

Peningkatan tersebut adalah didorong oleh peningkatan harga makanan dan minuman ringan sebanyak 2.8 peratus.

 

Manakala, harga bukan makanan pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 %.

 

 Peningkatan tahun-ke-tahun bagi harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan oleh kenaikan harga seperti beras dan bijirin (6.4 %); daging (3.8 %); dan ikan dan makanan laut (3.6 %).

 

Peningkatan harga beras dan bijirin adalah terutamanya didorong oleh kenaikan harga bahan-bahan mentah bagi produk-produk biskut.

 

Harga daging ayam, adalah komponen utama bagi kenaikan harga daging yang disebabkan oleh kos makanan ternakan ayam yang meningkat.

 

Manakala, bekalan yang terhad bagi udang segar mengakibatkan kenaikan harga ikan dan makanan laut.

 

Walau bagaimanapun, peningkatan tahun-ke-tahun ini diimbangi oleh penurunan bagi harga bukan makanan, terutamanya, pakaian dan kasut (6.0 %); perhubungan (3.0 %); dan pengangkutan (2.2 %).

 

IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

 

Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

 

Laporan penuh IHP bagi bulan April 2023 boleh didapati di laman sesawang JPES melalui 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07