Home > Bahasa Melayu
Bersama Bantu Tingkatkan Bekalan Stok Darah
June 11th, 2023 | 12:11 PM | 96 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah di beberapa buah tempat sebagaimana yang telah dijadualkan dan kempen-kempen tersebut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Kempen Derma Darah akan diadakan pada Ahad, 11 Jun 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang di Foo Chow Association, Lot 2439, Jalan Bunga Raya, Kuala Belait.
Sementara itu, di Tranquility Café, Kiarong Complex, kempen tersebut akan diadakan pada Isnin, 12 Jun 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.30 petang; dan di Sekolah Menengah Masin, Kampung Masin pada Selasa, 13 Jun 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Masin.
Di samping itu, Pusat Pendermaan Darah juga akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah bersempena dengan memperingati Hari Penderma Darah Sedunia pada Rabu, 14 Jun 2023 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi, dan 1.30 hingga 3.30 petang di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Manakala, di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, kempen berkenaan akan diadakan pada Isnin, 19 Jun 2023 bermula jam 9.00 hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 3.30 petang; dan Selasa, 20 Jun 2023 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 3.30 petang.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen berkenaan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi 'BloodKad' bagi Kempen Derma Darah berkenaan adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]