FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


331 Pelajar Ikuti Taklimat Kenali ASEAN


 


 June 11th, 2023  |  12:22 PM  |   62 views

TUTONG

 

Jabatan Penerangan melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI hari ini, mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN dalam hasratnya untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

 

Seramai 331 orang pelajar Tahun 7, 8 dan 9 Sekolah Menengah Tanjong Maya hadir mendengarkan taklimat yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

 

Dalam pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

 

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa di Unit Perhubungan Korporat, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

 

Taklimat juga mempromosikan mengenai aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States), kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

 

Aplikasi itu merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN-COCI. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

 

Turut hadir, Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Nazifah binti Haji Nawang; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Abd. Rahman bin Haji Jamudin dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55