FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Pencorak Masa Depan Negara


 


 June 13th, 2023  |  10:40 AM  |   181 views

TUNGKU LINK

 

Belia merupakan 'stakeholder' yang terpenting dalam sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.

 

Berpandukan Dasar Belia Negara yang telah dikemas kini dengan Pelancaran Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dasar Belia Negara ini telah disesuaikan dan selari dengan hasrat dan strategi di peringkat negara khususnya Wawasan Brunei 2035, Pelan Induk Digital Ekonomi 2025, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Pelan Strategik Manpower and Employment Council.

 

Perkara tersebut ditekankan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Konvensyen Pemimpin Muda Brunei 2023 (BYLC 2023) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Tambah Yang Berhormat, belia merupakan aset yang amat berharga dan tonggak masa depan negara.

 

“Belia merupakan harapan bangsa dan negara, pewaris kesinambungan kepimpinan untuk mencorak masa hadapan.

 

“Ini bertepatan dengan kenyataan bahawa maju dan mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada keupayaan dan kesanggupan, kebolehan dan ketekunan belia dan mencapai pembangunan negara. Belia hari ini adalah pemimpin negara pada masa hadapan," jelas Yang Berhormat.

 

Sementara itu, Awang Iswandy bin Ahmad selaku Pengerusi BYLC 2023 dalam ucapannya juga menggariskan beberapa kejayaan dan pencapaian para belia yang menghadiri konvensyen sebelum ini.

 

Beliau turut menekankan kepentingan peranan belia dalam pembangunan negara bagi mencapai Wawasan Brunei 2035 dan turut menyeru para belia untuk mengambil peluang ini untuk melibatkan diri dengan pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

 

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Ahli MMN, Yang Berhormat Chong Chin Yee dan Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

 

BYLC 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Jun 2023 ini merupakan platform yang mengumpulkan para belia dan juga pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, swasta dan komuniti bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan dikemas kini mengenai Wawasan Brunei 2035 dan juga sebagai platform untuk para belia menganjurkan program-program yang berdaya tahan dan berkesan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Konvensyen ini membawa moto B.E.L.I.A, iaitu 'Believe, Empower, Lead, Inspire dan Act.'

 

Believe bererti kepercayaan terhadap kemampuan belia dalam membantu mencapai wawasan dan pembangunan negara, manakala Empower pula bermaksud menyokong, membimbing dan membantu para belia dalam usaha tersebut.

 

Sementara Lead membawa erti kebolehan untuk memimpin dalam melaksanakan perubahan positif dalam mencapai sasaran; Inspire bermakna dorongan mentor dari segi pengalaman, penglibatan dan memberi inspirasi kepada para belia; dan Act pula bermaksud tindakan yang perlu diambil oleh para belia dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Konvensyen ini dihadiri oleh seramai 140 para belia dan pemimpin belia daripada latar belakang berbeza.

 

Para belia dan pemimpin belia yang hadir pada konvensyen ini berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wawasan Brunei 2035, serta menghadiri forum, klinik-klinik mentor, mewujudkan rangkaian dan berinteraksi dengan mentor dan para panel serta menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

 

BYLC 2023 ini juga diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2023 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023 - Brunei MYCE 2023) yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa, badan-badan berkanun, institut-institut pengajian tinggi, pihak-pihak berkepentingan dan agensi swasta.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07