FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Berada Kedudukan Ke-12 Dalam Laporan IFDI


 


 June 13th, 2023  |  10:42 AM  |   89 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pembangunan teguh dalam kewangan Islam Negara Brunei Darussalam (NBD) diiktiraf oleh laporan Islamic Financial Development Indicator (IFDI).

 

Laporan IFDI 2022 meletakkan negara ini di kedudukan ke-12 daripada 136 negara, dengan 31 skor IFDI berdasarkan lima petunjuk, iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kemapanan, pengetahuan dan kesedaran.

 

NBD mengekalkan kedudukan teratasnya dalam peraturan, dengan itu menunjukkan keteguhan tadbir urus kewangan Islam. Laporan itu juga meletakkan negara ini di tempat keempat untuk acara di bawah penunjuk kesedaran, dan di tempat kelima untuk penyelidikan di bawah penunjuk pengetahuan.

 

Perkara berkenaan dijelaskan dalam teks ucaptama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani pada Brunei Islamic Finance (BIF) Summit yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Dalam ucaptama berkenaan, Yang Berhormat di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menyatakan, NBD telah memulakan usaha untuk membangunkan dan memajukan kewangan Islam seawal tahun 1991. Usaha yang berpandukan dengan falsafah Melayu Islam Beraja serta prinsip Maqasid Syariah, yang bertujuan untuk memelihara dan memajukan agama, nyawa, akal, kekayaan dan keturunan.

 

Prinsip-prinsip ini jelas Yang Berhormat, telah membentuk strategi kebangsaan yang diguna pakai oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Strategi ini tambah Yang Berhormat memberikan arahan yang jelas kepada mengemudi peralihan negara ke arah menjadi yang inovatif dan ekonomi mampan.

 

"Strategi kebangsaan tersebut termasuk, Wawasan Brunei 2035 yang merupakan wawasan negara untuk memastikan bahawa rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan rakyat dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan menjelang 2035," jelas Yang Berhormat.

 

Selain itu terang Yang Berhormat, Pelan Tindakan Ekonomi NBD memfokuskan mengukuhkan lima sektor keutamaan untuk meningkatkan usaha kepelbagaian, iaitu minyak dan hiliran gas; makanan; pelancongan; perkhidmatan komunikasi teknologi maklumat; pelan induk ekonomi digital bertujuan untuk mengubah NBD menjadi sebuah Negara Pintar melalui pendigitalan; dasar perubahan iklim NBD bertujuan untuk mewujudkan karbon rendah dan yang tahan iklim; dan rangka tindakan sektor kewangan NBD memberi tumpuan kepada pembangunan yang dinamik dan pelbagai sektor kewangan.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Dayang Hajah Rokiah binti Haji Badar selaku Pengerusi BILIF dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, kewangan Islam berfungsi sebagai tema menyeluruh dalam agenda pembangunan sektor kewangan, selaras dengan visi untuk NBD menjadi hab kewangan Islam.

 

BDCB terangnya, sebagai bank pusat negara, meneruskan usaha dan komitmennya untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang digariskan dalam Brunei Darussalam Financial Sector Blue Print 2016 - 2025 (FSBP).

 

Dalam landskap kawal selia kewangan Islam tambahnya, BDCB telah mencapai kemajuan yang ketara dalam penggubalan piawaian Syariah untuk memudahkan inovasi dan penyelarasan produk, di bawah bimbingan Syariah Financial Supervisory Board (SFSB) negara.

 

BDCB ujarnya, juga memperkenalkan garis panduan untuk piawaian Syariah mengenai Tawarruq, Murabahah, Wakalah dan Mudharabah sebagai rujukan amalan terbaik dalam menstrukturkan sebarang produk kewangan Islam.

 

Beliau seterusnya berkata BDCB telah mengeluarkan notis mengenai Proses Permohonan Produk Islam untuk meningkatkan proses kelulusan produk baharu, Notis Rangka Kerja Operasi Takaful dan Garis Panduan Terbitan Debentures yang menetapkan piawaian yang diperlukan bagi sebarang pengeluaran, tawaran atau pembelian debentures, termasuk Sukuk di NBD.

 

Beliau berharap semua kemajuan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh pemain industri agar bersama-sama dapat memenuhi agenda kemapanan dan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.

 

Dengan tema, 'Securing a Resilient and Sustainable Future through Innovative Islamic Finance', sidang kemuncak BILIF berkenaan menyediakan platform untuk penceramah, ahIi panel dan peserta untuk terlibat dalam perbincangan yang bermakna mengenai isu-isu utama, peluang dan cabaran dalam bidang kewangan Islam. Ia juga menonjolkan potensi besar kewangan Islam dalam membuka jalan ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan dan lebih mampan.

 

BILIF menyertai untuk kali ketiga dalam Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023- Brunei MYCE 2023) anjuran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Pada BIF kali ini, lebih 30 pakar, penceramah tempatan dan antarabangsa dari Australia, Kanada, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Tajikistan menyertai perbincangan mengenai pelbagai aspek sekitar tema acara berkenaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07