Home > Bahasa Melayu
DPMM Berkenan Menerima Mengadap
June 13th, 2023 | 10:44 AM | 121 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan menerima mengadap the Vice President and Secretary of Education, Republik Filipina, Puan Yang Terutama Sara Zimmerman Duterte, yang juga selaku President of Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council di Qashr Al-Meezaan.
Semasa Majlis Mengadap itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Puan Yang Terutama Sara Zimmerman Duterte antara lain membincangkan mengenai kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.
Menyertai PYT pada Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio.
PYT Sara Zimmerman Duterte serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi mengadakan rangka lawatan kerja ke Kementerian Pendidikan, dengan tujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan dua hala dalam bidang pendidikan.
PYT juga dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke dua buah Institusi Pendidikan dan juga Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]